I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 3, 2012

PERHIASAN RUMAH YANG DILARANG

RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”…

Manakala dlm surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan”…

Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…

Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…


Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…

Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…

  • CACATKAN ANGGOTA PATUNG
Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung…
Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…
  •   TIDAK BERNYAWA
Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…
Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…
Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh…
Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…
  • SEKSAAN HARI KIAMAT
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya…
Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin…
Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…
Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…
Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…

Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj  merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh…

Tuesday, July 17, 2012

PUDING CHEESE

BAHAN-BAHAN:
13gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air
120gm gula
3 biji telur
120-150gm biskut cheese - blend halus
1 sb tepung kastad
400ml susu cair (1 tin)
200gm susu pekat (1/2 tin)
50gm butter

CARA-CARA:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati (sy blend jer..klu tak berketul2..)
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan butter sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.


Monday, June 18, 2012

10 SURAH MENGHALANG 10 UJIAN

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sunday, June 17, 2012

KISAH LANJUT ENDOMETRIOSIS

Ingat lagi kisah Acu Klik sini. 04/06/2012 yang lalu Acu menjalani operation. Gambar di atas ialah ketumbuhan yang ada dalam rahim Acu...selamat dikeluarkan oleh Dato' Dr. Hamid Arshat.

Wednesday, May 30, 2012

9 JENIS SYAITAN


9 JENIS SYAITAN

UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah.

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.

3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama.

4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras).

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga.

8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan.

9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri.

Tuesday, May 29, 2012

BERJABAT TANGAN LELAKI DAN WANITA



Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.
Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Monday, May 28, 2012

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego
8. Riak
9. Cinta dunia

Thursday, May 17, 2012

ZINAKU BERMULA DI YM

Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya ber'couple'?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman chatting, di lamanYM 
Komunikasi di  YM, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku ber'couple' dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Yahoo Messenger, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

Sumber : fb I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah and Muhammad

Monday, May 14, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak

Monday, May 7, 2012

PETUA UNTUK SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Saturday, May 5, 2012

PELARIS


Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Tuesday, May 1, 2012

18 SUMBER KEBERKATAN


  1. Niat baik
  2. Taqwa dan Beriman kepada Allah
  3. Meletakkan kepercayaan kepada Allah
  4.  Membaca Al-Quran
  5.  Melafazkan Bismillah
  6.  Makan berjamaah
  7.  Kejujuran dalam Perdagangan
  8.  Doa
  9.  Pendapatan / wang halal
  10.  Mengikut Sunnah Nabi Muhammad  
  11.  Solat Istikharah
  12. Bersyukur kepada Allah
  13. Bersedekah
  14. Menghubungkan silaturrahmi
  15. Bangun awal
  16. Berkahwin
  17. Solat
  18. Beristighfar / mohon keampunan Allah

Sunday, April 29, 2012

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM1.00


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.


Caranya mudah sahaja.

1.  Beli seikat daun SUP.
2.  Cuci bersih-bersih.
3.  Potong kecil2. 
4.  Masukkan kedalam periuk.
5.  Masukan air bersih dan didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
6.  Sejukkan. Tapis. Masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari.
Insyaaallah anda akan rasa perubahannya. Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Saturday, April 28, 2012

WANITA - AKAL SENIPIS RAMBUTNYA



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wallahua'lam..
https://www.facebook.com/HisamuddinSupian

Thursday, April 26, 2012

GEMBIRALAH WAHAI HATI YANG DUKA....

Jika ada org bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

* Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

* Saat org bicara dgn nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

*Saat org bicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...

"Payung tidak dapat menghentikan hujan, tapi dapat membuat kita berjalan menembus hujan utk mencapai tujuan"
Related Posts with Thumbnails