BAHAN-BAHAN:
13gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air
120gm gula
3 biji telur
120-150gm biskut cheese - blend halus
1 sb tepung kastad
400ml susu cair (1 tin)
200gm susu pekat (1/2 tin)
50gm butter
CARA-CARA:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati (sy blend jer..klu tak berketul2..)
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan butter sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Tuesday, July 17, 2012
Thursday, November 10, 2011
AKTIVITI HARI CUTI
Ermm...sepanjang cuti Raya haji baru2 ni x tau nak buat pe...apa lagi..menjadi aje aktiviti buat kuih dgn dak dik...Inilah hasilnya...homemade chocolate dan apam polka dot. Resepi di sini....
Thursday, November 3, 2011
BLUEBERRY TART CHEESE
- Bahan untuk Sweet Pastry:-
- 125 gm mentega / margerin
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
- 240 gm tepung gandum
- Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
- 250 gm cream cheese
- 50 gm gula aising
- 20 gm mentega (lembutkan)
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)
- Blueberry pie filling
Cara-cara
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
- Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
- Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
- Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
Friday, September 2, 2011
AISKRIM COKLAT
Bahan-bahannya :
1 tin susu pekat
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelette
2 sudu besar serbuk koko
setengah tin susu segar
coklat rice (jika mahu)
Cara-caranya :
1) Serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati.
2) Masukkan susu dan ovelette dalam mangkuk.
3) Tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang
4) Tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.
5) Masukkan dlm fridge.. senang kan.
Adaptasi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2011/05/resepi-ais-krim-coklat-chenta-hatiku.html
Telah dibuat sedikit pengubahsuaian....
1 tin susu pekat
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelette
2 sudu besar serbuk koko
setengah tin susu segar
coklat rice (jika mahu)
Cara-caranya :
1) Serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati.
2) Masukkan susu dan ovelette dalam mangkuk.
3) Tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang
4) Tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.
5) Masukkan dlm fridge.. senang kan.
Adaptasi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2011/05/resepi-ais-krim-coklat-chenta-hatiku.html
Telah dibuat sedikit pengubahsuaian....
Thursday, September 1, 2011
APAM POLKA DOT
Setakat hari ni, resepi ni lum dicuba lagi....sblm resepi ni hilang baik simpan dalam blog ni dulu...
Bahan-bahannya :
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa
Cara -caranya:
1) Pukul telur putih sampai kembang
2) Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) Pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) Masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) Masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) Letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) Kukus 10-15 minit.
Sumber resepi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2010/12/jom-main-masak-masak-2.html
Bahan-bahannya :
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa
Cara -caranya:
1) Pukul telur putih sampai kembang
2) Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) Pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) Masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) Masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) Letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) Kukus 10-15 minit.
Sumber resepi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2010/12/jom-main-masak-masak-2.html
Monday, August 22, 2011
NASI AMBENG, NASI KERABU DAN TAPAI UBI
First time g PARAM sepanjang Ramadhan ni...PARAM Tangkak memang best. Memenuhi citarasa. Almaklum aje la..minggu2 akhir ni mmg kurang skit mood untuk masak...tp semalam aje ye tak masak...lepas2 ni mmg kene masak...walaupun ada rasa malas...
![]() |
| Tapai Ubi |
![]() |
| Nasi kerabu |
![]() |
| Nasi Ambeng |
Friday, August 12, 2011
GULAI TEMPOYAK TIMUN & GERANG ASAM DAGING
Semalam ada lebih tenaga..so dapatlah masak beria skit....
Tuesday, August 9, 2011
ROTI JOHN
Bahan-bahan :
1. roti john yg panjang tu atau pakai roti buat hotdog tu pun boleh
2. kobis
3. mayonis
4. telur
5. sos cili
6. bawang holland atau bawang besar
7. sardin tin kecik
8. garam
9. kicap lemak manis
10. lada sula atau lada hitam
Penyediaan rempah
1. Hancurkan sardin tu smpai halus dalam bekas, campur satu sudu teh garam, lada sulah atau lada hitam, kalu nak bubuh ajinomoto satu sudu teh pun dah cukup.
2. Letak kicap lemak manis tu dlm 5 atau 6 sudu makan.
3. Kacau sampai rata.
Campuran rempah
1. Ambil satu atau dua sudu makan rempah tadi, masukkan dlm bekas lain, bekas ais kerim pun bole.
2. Pecahkan 5 biji telur dlm bekas tu.
3. Masukkan hirisan bawang holland atau bawang besar tadi.
4. Kacau smpai sebati.
Menggoreng Roti John
1. Gunakan kuali leper atau pan yg lebar yg muat roti tu. kalu pan kecik kena lah potong roti tu supaya muat nak letak dlm pan nnti.
2. Potong roti kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah.
3. Masukkan minyak masak, sikit je, tunggu smpai panas.
4. Lps tu masukkan campuran rempah, telur n bawang tadi ke dalam pan.
5. Ratakan dan letak roti atas campuran telur tu.
6. Biar lama sikit smpai agak2 dah garing.
7. Lps tu terbalikkan utk panaskan bhgn atas roti yg tak kene telur tu pulak.
8. Agak2 dah garing angkat letak kat atas papan pemotong.
9. Sapu mayonis kat atas dua2 roti permukaan telur yg garing tu.
10. Letak hirisan kobis kat sebelah n sos cili kat atas hirisan kobis tu.
11. Lepas tu letak bhgn yg satu tu balik kat atas. potong 3 atau 4 ikut suka hati.
Dah siap dimakan.
"Selamat mencuba..." hehehe
Sumber :fb Hatri Asmawi
Monday, August 8, 2011
PUYUH PERAP GORENG

Ni bukan puyuh hangus ok....puyuh ni hitam sebab diperap....PUYUH PERAP GORENG
4 ekor puyuh - perap dgn garam, kunyit, sos tiram dan kicap manis. Goreng dan asingkan dulu.
5 tangkai cili padi }
1" halia - hiris mcm lidi } Tumis hingga naik bau
2 ulas bwg besar - hiris }
Lepas dah tumis, masukkan semula puyuh goreng td.
Boleh masukkan skit sayur2 spt kacang panjang dan lobak merah.
Friday, August 5, 2011
UDANG MASAK HIJAU & KAILAN IKAN MASIN

UDANG MASAK HIJAU
Udang
Tauhu
Capsicum
Lada hijau - kisar
Bawang besar - kisar
Garam
Sedikit air
Cara aku
1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam, capsicum, tauhu dan udang.
3. Tambah skit air.

KAILAN IKAN MASIN (air tangan hb)
Kailan
Ikan masin
Sos tiram
Bawang besar - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
Sos tiram
Cara hb
1. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sedikit sos tiram.
3. Masukkan kailan dan ikan masin
Thursday, August 4, 2011
GULAI REBUNG DAGING & SAMBAL TELUR UDANG KERING

GULAI REBUNG DAGING
Rebung - cuci dan toskan
Daging - rebus dulu
Santan
Cili padi - kisar
Serbuk kunyit
Bawang besar - kisar
Sekeping asam keping
Cara :
1. Masukkan santan, serbuk kunyit dan bahan kisar dalam periuk.
2. Masukkan rebung. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan asam keping.

Gambar ni kurang pencahayaan...he he..atas dapur lg nih...
SAMBAL TELUR UDANG KERING
Cili mesin
Telur
Udang kering
2 biji bawang besar - dihiris
Sikit air asam jawa
Cara aku..
1. Tumis cili hingga garing. Masukkan bawang dan udang kering.
2. Masukkan air asam jawa. Skit aje...
2. Masukkan telur.
Wednesday, August 3, 2011
SAMBAL CILI PADI & SHITAKE SOS TIRAM

SHITAKE SOS TIRAM
Batang seleri - hiris memanjang
Capsicum merah (lada benggala) - hiris memanjang
Cendawan shitake - rendam hingga lembut, br potong 4
Udang
Sos tiram
Bwg besar - dikisar
Bwg putih - dikisar
Cara
1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Masukkan sos tiram.
3. Tambah sikit air.
4. Masukkan cendawan, cendawan shitake, capsicum dan udang.
5. Masak hingga semuanya lembut...bukan hingga lembik tau...
Tada......inilah hasilnya


SAMBAL CILI PADI
5 tangkai cili padi - kisar
2 genggam ikan bilis - segenggam digoreng. Baki dikisar.
4 biji bawang besar - kisar
Sedikit gula dan garam
Cara
1. Goreng ikan bilis. Asingkan dulu.
2. Tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Monday, August 1, 2011
ONDE2 DAN CHEK MEK MOLEK

Umi kata ada keledek ni...nak buat apa ye...Nabilah nak makan onde2..aku pulak nak chek mek molek...maka terhasillah dua benda ni..
ONDE2
Tepung pulut
Keledek (rebus dan lecek)
Gula melaka (racik halus)
Kelapa parut (putih aje)
Garam (campur dlm kelapa parut, skit aje)
Cara
1) Gaul keledek dengan tepung pulut. Pastikan x melekat kat tgn (br ok).
2) Uli bulat2 kecil..leperkan. Masukkan gula Melaka. Bulatkan semula.
3) Panaskan air dalam periuk.
4) Bila air dah mendidih, masukkan bola2 td.
5) Bila dah masak, bola2 td akan timbul.
6) Angkat guna penapis teh. Toskan air jap. Golekkan atas kelapa parut.
Sedia untuk dihidang.
CHEK MEK MOLEK
Keledek (rebus dan lecek)
Tepung gandum
Gula melaka (racik halus)
Cara
1) Gaul keledek dengan tepung gandum. Pastikan x melekat kat tgn.
2) Ambil sejemput. Leperkan. Masukkan gula melaka.Tutupkan. Gelekkan kat tgn supaya jadi bentuk bujur.
3) Goreng.
Saturday, May 28, 2011
LADA HIJAU MASAK TAUCU
Suka sgt makan lada hijau..paling suka lada hijau masak taucu...
Kalau memasak, aku suka campak2 aje..sukat sesedap rasa...
Bahan-bahan :
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Taucu
Lada hijau (Belah dua, buang biji)
Udang segar (buang kulit, belah belakang)
Air asam jawa
Sedikit gula pasir
Cara :
1. Tumbuk bwg besar, bwg putih, halia, taucu.
2. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan lada hijau dan udang.
4. Tambah air asam yang dilarutkan gula di dalamnya.
5. Masak hingga mendidih. Skit je jgn lama2 nnti lada lecur sgt.
Sedia untuk dimakan.
Kalau memasak, aku suka campak2 aje..sukat sesedap rasa...
Bahan-bahan :
Bwg besar
Bwg putih
Halia
Taucu
Lada hijau (Belah dua, buang biji)
Udang segar (buang kulit, belah belakang)
Air asam jawa
Sedikit gula pasir
Cara :
1. Tumbuk bwg besar, bwg putih, halia, taucu.
2. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan lada hijau dan udang.
4. Tambah air asam yang dilarutkan gula di dalamnya.
5. Masak hingga mendidih. Skit je jgn lama2 nnti lada lecur sgt.
Sedia untuk dimakan.
Monday, September 13, 2010
RESEPI BEJAH






Lamanya x update blog....semalam rumak mak mertua buat kenduri arwah..menu :-
ayam masak lemak cili padi dgn nangka, asam pedas ikan cencaru dengan bendi dan kerabu perut dengan taugeh.....post kali ni bukan nak cerita resepi-resepi menu kat atas tu....oleh kerana semalam kupas kunyit banyak....kakak ipar pulak sebut pasal bejah...ermmmmm...sedapnya...dah lama x makan bejah..last makan pun 10 thn dulu..masa dalam pantang..ha..ha..ha...
Pantang dengar pasal masakan apa-apa..mesti teringin aje nak makan...resepi dari mak mertua....
1. Daging 1/2 kilo - dihiris nipis
2. Kunyit - sejengkal }
3. Halia - 2 inci }
4. Lada hitam - sesudu kecil } Ditumbuk
5. Bawang putih - 3ulas }
6. Bawang merah - 6 biji }
7. Santan pekat -
8. Asam keping - 1 keping
Cara masak :
1. Masukkan semua bahan tumbuk, daging dan santan dalam periuk.
2. Biarkan sehingga mendidih.
3. Sedap dimakan bersama nasi panas.
Ermmmm....sedapnya...terkecur liur dibuatnya...puasa 6 ni....waktu berbuka karang leh le buat....
Wednesday, September 1, 2010
TERESEK

TERESEK
Bahan-bahannya :
* Ayam ( ambil yang bertulang, mempedal , boleh juga masukkan hati ayam- dipotong kecil2)
* 1 biji jantung pisang – dihiris-hiris. ( atau kacang panjang- dipotong serung memanjang)
* 1 biji kelapa- ambil 4 cawan santan pekat , ½ biji kelapa dibuat kerisek
* 4 biji cili merah~dihiris memanjang
* garam secukupnya
* sedikit gula
* 1 keping asam keping
* ½ paket rempah kari ( nak masukkan 1 paket pun boleh)
Bahan Kisar :
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 inci halia
* 2 inci lengkuas
* 1 1/2 inci kunyit
* sejemput ketumbar biji
* 10 biji cili kering
* 7 biji cili api
Cara Membuatnya :
1. Masukkan ayam dan santan ke dalam periuk dan renehkan sebentar.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, rempah kari,asam keping dan kacau rata sehingga mendidih.
3. Bila kuah sudah pekat dan ayam dah masak, masukkan jantung pisang ( boleh yang mentah atau yang direbus)
4. Bila jantung pisang sudah masak, masukkan kerisek, garam dan sedikit gula.
5. Kacau sehingga kuah begitu pekat.
6. Masukkan cili merah yang dipotong memanjang. Gaul dan angkat.
Tuesday, August 31, 2010
POPIA BASAH

KULIT POPIAH :
* 1cawan tepung gandum
* sedikit air garam
* putih telur (optional)
INTI :
* udang kering (dikisar)
* bawang kecil (dikisar)
* sengkuang (hiris memanjang)
* carrot ( hiris memanjang)
* taugeh, kacang panjang ( potong kecil2)
* kacang tanah goreng ( tumbuk halus),
* bawang goreng
* tauhu goreng ( potong dadu)
* telur dadar ( potong dadu)
SOS :
* 1 sudu besar cili boh
* 1 -2 biji buah prune/kurma
* sos tomato
* sos cili
* garam dan gula
CARA BUAT :
KULIT POPIAH
1. Bancuh tepung, air garam dan putih telur hingga sebati. (Macam nak buat jemput-jemput)
2. Panaskan non stick pan, perlahankan api.
3. Sapukan doh atas pan senipis yang boleh dengan cepat.
4. Angkat dan buatkan untuk kepingan seterusnya.
SOS
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang, cili boh, prune, sos tomato, sos cili, garam dan gula
3. Didihkan dan angkat.
INTI
1. Tumis bawang dan udang kering.
2. Masukkan sengkuang, carrot dan taugeh.
MENGGULUNG POPIAH
1. Letakkan kulit yg telah siap.
2. Sapukan sos, taburkan kacang, tauhu, bawang goreng ( jika suka), telur dan inti.
5. Gulungkan seperti kuih gulung ...siap untuk di makan
SUMBER : http://www.myresipi.com/top/detail/2956
Subscribe to:
Posts (Atom)














