I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 5, 2011

UDANG MASAK HIJAU & KAILAN IKAN MASIN


UDANG MASAK HIJAU
Udang
Tauhu
Capsicum
Lada hijau - kisar
Bawang besar - kisar
Garam
Sedikit air

Cara aku
1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam, capsicum, tauhu dan udang.
3. Tambah skit air.




KAILAN IKAN MASIN
(air tangan hb)
Kailan
Ikan masin
Sos tiram
Bawang besar - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
Sos tiram

Cara hb
1. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sedikit sos tiram.
3. Masukkan kailan dan ikan masin

Thursday, August 4, 2011

GULAI REBUNG DAGING & SAMBAL TELUR UDANG KERING


GULAI REBUNG DAGING
Rebung - cuci dan toskan
Daging - rebus dulu
Santan
Cili padi - kisar
Serbuk kunyit
Bawang besar - kisar
Sekeping asam keping

Cara :
1. Masukkan santan, serbuk kunyit dan bahan kisar dalam periuk.
2. Masukkan rebung. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan asam keping.


Gambar ni kurang pencahayaan...he he..atas dapur lg nih...

SAMBAL TELUR UDANG KERING
Cili mesin
Telur
Udang kering
2 biji bawang besar - dihiris
Sikit air asam jawa


Cara aku..
1. Tumis cili hingga garing. Masukkan bawang dan udang kering.
2. Masukkan air asam jawa. Skit aje...
2. Masukkan telur.

Wednesday, August 3, 2011

SAMBAL CILI PADI & SHITAKE SOS TIRAM


SHITAKE SOS TIRAM
Batang seleri - hiris memanjang
Capsicum merah (lada benggala) - hiris memanjang
Cendawan shitake - rendam hingga lembut, br potong 4
Udang
Sos tiram
Bwg besar - dikisar
Bwg putih - dikisar

Cara

1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Masukkan sos tiram.
3. Tambah sikit air.
4. Masukkan cendawan, cendawan shitake, capsicum dan udang.
5. Masak hingga semuanya lembut...bukan hingga lembik tau...

Tada......inilah hasilnya



SAMBAL CILI PADI
5 tangkai cili padi - kisar
2 genggam ikan bilis - segenggam digoreng. Baki dikisar.
4 biji bawang besar - kisar
Sedikit gula dan garam

Cara
1. Goreng ikan bilis. Asingkan dulu.
2. Tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.

Monday, August 1, 2011

ONDE2 DAN CHEK MEK MOLEK


Umi kata ada keledek ni...nak buat apa ye...Nabilah nak makan onde2..aku pulak nak chek mek molek...maka terhasillah dua benda ni..

ONDE2
Tepung pulut
Keledek (rebus dan lecek)
Gula melaka (racik halus)
Kelapa parut (putih aje)
Garam (campur dlm kelapa parut, skit aje)

Cara
1) Gaul keledek dengan tepung pulut. Pastikan x melekat kat tgn (br ok).
2) Uli bulat2 kecil..leperkan. Masukkan gula Melaka. Bulatkan semula.
3) Panaskan air dalam periuk.
4) Bila air dah mendidih, masukkan bola2 td.
5) Bila dah masak, bola2 td akan timbul.
6) Angkat guna penapis teh. Toskan air jap. Golekkan atas kelapa parut.

Sedia untuk dihidang.

CHEK MEK MOLEK
Keledek (rebus dan lecek)
Tepung gandum
Gula melaka (racik halus)

Cara
1) Gaul keledek dengan tepung gandum. Pastikan x melekat kat tgn.
2) Ambil sejemput. Leperkan. Masukkan gula melaka.Tutupkan. Gelekkan kat tgn supaya jadi bentuk bujur.
3) Goreng.

Thursday, July 28, 2011

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN (Part 2)

11) Solat subuh berjemaah di masjid/surau.
12) Tadarus pendek.
13) Matahari tinggi segalah, lakukan Solat Ishraq.
14) Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15) Jam 11.00 pagi, tunaikan solat Dhuha.
16) Jam 12.00 tengahari, tidur Qailullah bagi menggantikan satu jam pada waktu sahur.
17) Solat Zohor berjemaah.
18) Tadarus pendek.
19) Sebelah petang, kaum ibu menyediakan juadah berbuka.
20) Solat Asar berjemaah di masjid/surau.

Bersambung....
Sumber : Emel

Tuesday, July 26, 2011

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1) Mengucapkan tahniah. "Selamat Menyambut Ramadhan"
2) Niat puasa sebulan pada malam pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3) Solat Isyak berjemaah di masjid/surau.
4) Solat Terawih 8/20 rakaat.
5) Tadarus Al-Quran.
6) Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4 pagi.
7) Bangun jam 4.00 pagi dan 30 minit untuk Qiyamullail ringan. (Solat Tahajud, Solat Taubat)
8) Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9) Jam 5.00 pagi makan sahur.
10) Jangan tidur selepas sahur.

Bersambung....
Sumber : Emel

Monday, July 25, 2011

PUASA...MENCEGAH PENYAKIT?

Mack Pardon, seorang doktor pakar, berpandangan bahawa semua orang perlu berpuasa, walaupun dia tidak sakit. Ini kerana, bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam makanan serta ubat-ubatan akan membuatkan tubuh badan seseorang itu tidak cergas, kurang bermaya dan bertambah berat badan.

Apabila seseorang itu berpuasa, badan akan beraktiviti untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Hasil daripada pencernaan bahan makanan dan zat-zat yang tersimpan dalam tubuh akan dirembes keluar daripada tubuh badan dalam bentuk peluh dan air kencing. Perembesan ini dinamakan bahan kumuh.

Ahli-ahli kesihatan Eropah seperti Dr. Heisen Luhman, Dr. Bersarbaz dan Dr. Muller menjadikan puasa sebagai terapi utama untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kronik. Contohnya, gangguan sistem pencernaan, masalah kegemukan (obesiti), sakit jantung, penyakit hati, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Sumber : Buku 12 Bulan Islam Jilid 9 Ramadhan

Saturday, July 23, 2011

Thursday, July 21, 2011

Anakku Bukan Anakku (Part 2)

Tak tahu nak mulakan dr mana. Dr mlm Isnin hr tu cuba nukilkan sesuatu..tp x berjaya..sakit hati punya pasal..maka aku delete draft yg dibuat..tp hr ni demi menjawab persoalan kawan2, aku gagahkan diri mencoretkan sesuatu..
Kisah baby angkat..utk makluman, baby dah dipulangkan kepada ibunya semula. Penuh liku cerita ni.

9.00 pg ke JPN. Ambil borang anak angkat..Rupa2nya lepas 2 thn jaga baby tu br leh buat permohonan iktiraf anak angkat. Dapat satu borang akuan penyerahan. Ibu bapa kandung perlu dtg ke Pesuruhjaya Sumpah utk buat serahan. Masalah bermula...

Ibu beria2 nak bg anak kat org...tp tokleh proceed pasal ayahnya di penjara (kes jenayah seksual). Utk dptkan persetujuan, kami ke penjara bertemu si ayah. Hampa..ayahnya x setuju...ibunya pula cair hati tgk sang suami menangis2, merayu, suruh tarik kes...SANGGUP KE KITA TARIK KES : HARUAN MAKAN ANAK.

Pendapat saya, ibu pentingkan diri sendiri. Tak pk keselamatan anak..Hari2 kami berdoa agar anak yang teraniaya ni selamat...dan biarlah yg berdosa dijatuhi hukuman seberat2nya...

Saturday, July 16, 2011

Anakku Bukan Anakku (Kemaskini)





Dpt baby....mulanya dia nangis..tp abahnya pandai umpan...terus diam ...kul 12.30 br abahnya dpt tdo. Kul 2.00 pagi, Leany sampai dr Kuantan...2.30 pg baby bgn dr tdo....ajak abahnya main2....sampai kul 5.00 pagi. Umi bangun jap buatkan susu..kakak Nabilah pun bgn juga...main2 dgn adik...pening kepala umi..x cukup tdo..pg ni ada Bengkel Teknik Jawab UPSR.
Tabik spring kat abah...tip top abah layan anak..dr nangis terus diam...tapi...baby bila tgk umi...menangis x henti....baby nampak umi ada tanduk ke?????? Sian umi kan??? Kakak Nabilah tgh frust....jap g nnti..baby akan dibawa balik ke Kuantan...
Sekrg ni umi faham dan redha nape Allah tak kurniakan umi baby lagi...umi x sehebat abah...umi x sesabar abah...
Related Posts with Thumbnails