BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara 7 hingga 11 tahun di AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam Matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan. Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam. Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.
Sumber : Kosmo! Online - Kesihatan
Saturday, September 17, 2011
Friday, September 16, 2011
MAKAN SECARA SEDERHANA
Kita digalakkan bersederhana dalam segala perkara, termasuk soal makan. Makan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu dan selera tekak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.” Sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar ialah kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan.
Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” Tatacara yang dianjurkan Rasulullah SAW ketika makan ialah dengan ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’.
Jika kita ambil contoh cara pemakanan Rasulullah SAW, baginda tidak memakan buah bersama susu pada masa sama. Dalam konteks hari ini, buah bercampur susu ialah koktel kerana campuran ini boleh menyebabkan gastrik.
Dalam al-Quran ada terkandung larangan kita mencampur makanan darat dan laut seperti sup atau tom yam campur iaitu daging lembu dicampur bersama udang dan sotong.
Rasulullah SAW juga melarang sahabat makan ikan bersama susu kerana ia menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit.
Pakar pemakanan hari ini menemui kesan tindak balas kimia makanan darat dan laut boleh mengakibatkan kerosakan perut dan usus.
Bagaimanapun, daripada segi hukum, tidak jatuh haram bagi kita untuk makan campuran makanan yang disebutkan di atas. Ia lebih kepada cara amalan makan terbaik yang diajarkan oleh nabi kita.
Soalnya, sebagai seorang Islam, siapa lagi yang patut kita jadikan contoh untuk diikuti jika tidak Rasulullah SAW? Justeru, fikirkanlah mengenai pesanan dan anjuran Rasulullah.
Sumber : Kalam Imam Muda

Mohd Hassan Adli Yahaya
hassan.adli@imhassan.my
hassan.adli@imhassan.my
Wednesday, September 14, 2011
DON'T BE A WORKAHOLIC
It is dangerous to be a workaholic. Although you may finish a lot of work, you may endanger your marriage, ruin your relationships with your children, get burnt out, and end up in an early grave.
Tuesday, September 13, 2011
GET A LIFE
Set sensible limits on your work so it does not eat up the rest of your life. Happiness and peace of mind come with a more balanced lifestyle. Take time to nurture meaningful relationships and savour simple life pleasures.
Kebahagiaan dan ketenangan fikiran dapat dinikmati dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang. Ambil masa untuk memupuk perhubungan yang bermakna dan menikmati keseronokan dalam kehidupan yang mudah."
Monday, September 12, 2011
CACAT... TETAPI...
Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir.
Salah satu soalannya "Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ini."
"Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki.
"Tapi tuan juga tidak mampu melihat."
"Ya betul tu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk dengan mereka."
"Tapi, apa yang tuan ada?"
"Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca Al-Quran dan berzikir. Alhamdulillah."
Pengajaran : Setiap kekurangan jika dipandang dari sudut yang berbeza, pasti ia adalah satu kelebihan.
Sumber : Majalah SOLUSI Isu 35

Sunday, September 11, 2011
SAKIT JANTUNG
Dah lama x update blog...sempena Hari Jantung Sedunia, ada sedikit info berguna untuk dikongsi bersama...
The American Heart Association telah menyenaraikan 7 langkah mudah untuk membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, iaitu :
1) Kekal aktif - lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman berintensiti sederhana.

2) Mengawal kolestrol - Sasarkan pada jumlah kolesterol kurang daripada 200 miligram perdecilitre (mg/dL)
3) Makan dengan berkualiti - Tingkatkan pengambilan sayur dan buah, gandum, ikan dan kurangkan lemak nak sodium.
4) Kawal tekanan darah - Pastikan bacaan darah di bawah 120/80.
5) Cuba kurangkan berat badan - Sebaiknya BMI di bawah 25.
6) Kurangkan gula darah - Gula darah bagi yang berpuasa harus kurang daripada 100mg/dL
7) Berhenti merokok.
Sumber : m/s 61 Majalah Rapi 15 Jun 2011
Saturday, September 10, 2011
MALU BERTANYA
Seman pergi ke sebuah pekan untuk membeli durian. Lalu, dia menghampiri seorang penjual durian iaitu orang asli tempatan.
Seman : Bang, berapa harga durian ni?
Orang Asli : Sepopit sebiji.
Seman kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu. lalu, Seman buat-buat tahu dan cuba menawarkan durian tersebut.
Seman : Bang, boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje..nak kurang berapa?
Seman : Lahupa...boleh ye...
Penjual oarng asli itu kebingungan. Lalu bertanya kepada Seman.
Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Seman : Cakap dulu....sepopit itu berapa?

Friday, September 2, 2011
AISKRIM COKLAT
Bahan-bahannya :
1 tin susu pekat
1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
1 sudu besar ovelette
2 sudu besar serbuk koko
setengah tin susu segar
coklat rice (jika mahu)
Cara-caranya :
1) Serbuk koko tadi dibancuh dengan air suam hingga sebati.
2) Masukkan susu dan ovelette dalam mangkuk.
3) Tuang bancuhan koko tadi dan pukul dengan mixer sampai adunan kembang
4) Tuang dlm bekas dan hias dengan coklat rice ikut suka.
5) Masukkan dlm fridge.. senang kan.
Adaptasi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2011/05/resepi-ais-krim-coklat-chenta-hatiku.html
Telah dibuat sedikit pengubahsuaian....

Thursday, September 1, 2011
APAM POLKA DOT
Setakat hari ni, resepi ni lum dicuba lagi....sblm resepi ni hilang baik simpan dalam blog ni dulu...
Bahan-bahannya :
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa
Cara -caranya:
1) Pukul telur putih sampai kembang
2) Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) Pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) Masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) Masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) Picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) Letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) Kukus 10-15 minit.
Sumber resepi dari :
http://hanafzuan.blogspot.com/2010/12/jom-main-masak-masak-2.html

Subscribe to:
Posts (Atom)