I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

CREDO PEMBELAJARAN AKTIF


Apa yang saya 'dengar', saya lupa.
Apa yang saya dengar dan 'lihat', saya ingat sedikit.
Apa yang saya dengar, lihat dan 'bertanyakan soalan' tentangnya ataupun 'membincangkannya' dengan orang lain, saya mula memahaminya.
Apa yang saya dengar, lihat, bincang dan 'buat', saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
Apa yang saya 'ajarkan' kepada orang lain, saya menguasainya.

Sumber : m/s 1 Buku Pembelajaran Aktif, Mel Silberman

Saturday, February 26, 2011

I like.....

The saying goes : The expert in anything was once a beginner in everything. Truer words were never spoken.

Monday, February 21, 2011

MENGAJAR SECARA EFEKTIF


"Guru dihormati jika dia benar-benar bersedia dalam setiap pengajarannya, tepat mengikut masa, sistematik dan prihatin terhadap pelajarnya."

Dari segi pemarkahan, komen terperinci perlu diberikan kepada murid.

"Tugasan menunjukkan banyak peningkatan. Jelas kamu menumpukan agak banyak masa mengulang kaji topik ini dan dapat menjawab sepenuhnya. Teknik pembelajaran baharu kamu berjaya; teruskan usaha baik ini."

Sunday, February 20, 2011

SIAPA


"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak."

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah)

Saturday, February 19, 2011

MENGURUS NYAWA

Gambar-gambar adalah ehsan dari Google Image.
Sumber artikel : Majalah Solusi Isu 5.


Kuantiti masa tidak boleh dipanjangkan tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat sesuatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan.

Misalnya RasulAllah s.a.w. pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadat sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat sehingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun !


Seseorang 'asi (pembuat dosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat "pusingan U" dalam hidupnya. Nafsunya begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh, wisel "perlumbaan" menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.



Di padang mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, "ke mana umur mudamu dihabiskan?" Tuhan tidak bertanyakan umur tua.
Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua.


Sehubungan itu, Nabi s.a.w. mengingatkan dalam hadisnya, bermaksud :
"Pergunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati."


Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.


Friday, February 18, 2011

REZEKI TERBAIK


"Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambanya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik."
(Surah Saba' 34:39)

Saturday, January 29, 2011

DAH CUKUP BAIK KE KITA?


Adakah anda berasa tiada hati dan perasaan untuk ke tempat kerja?

Mari kita dengar apa kata Datuk Dr. Fadilah Kamsah :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan… ” Jadi renungilah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4 Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Sunday, January 16, 2011

TIPS KEWANGAN


5 Tip Kewangan Yang Bagus

Kekayaan bukan sahaja bererti berapa banyak kita peroleh pendapatan, tetapi, berapa banyak kita boleh menyimpan.

Mudah-mudahan tip kewangan ini memberi manfaat kepada anda.
5 Tip Kewangan Yang Bagus
  1. Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. Daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar nak bayar payment setiap bulan! Ramai orang ‘kaya’ hidup begini.
  2. Bagi yang dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua suami, isteri & anak-anak. Kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai, bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dengan pasangan. Mulakan didikan wang kepada anak-anak pada umur yang muda. Galakkan mereka menabung & hargai wang yang diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang-sorang tetapi satu keluarga.
  3. Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%, atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Kita sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Tapi jangan lupa, kita juga kena letak matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT, maka tak guna juga.
  4. Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki yang lain. Don’t worry! Rezeki Allah yang beri. Kita cuma perlu berusaha dan bertawakal saja.
  5. Prioriti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. Kemudian baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!
Sumber : Blog pakarhowto

Thursday, December 30, 2010

ADAB MEMOTONG KUKU

HARI YANG BAIK MEMOTONG KUKU

Isnin : Penyakit keluar dari badan dan memulihkan kesihatan.

Khamis : Penawar penyakit badan.

Jumaat : Mengeluarkan segala dosa dan mendapat rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t.


HARI YANG TIDAK BAIK MEMOTONG KUKU

Sabtu : penyakit masuk ke dalam badan.
Ahad : Menambahkan kesusahan.
Selasa : Menghilangkan rahmat.
Rabu : Memendekkan rezeki
Related Posts with Thumbnails