Monday, April 30, 2012
Sunday, April 29, 2012
CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.
Caranya mudah sahaja.
1. Beli seikat daun SUP.
2. Cuci bersih-bersih.
3. Potong kecil2.
4. Masukkan kedalam periuk.
5. Masukan air bersih dan didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
6. Sejukkan. Tapis. Masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari.
Insyaaallah anda akan rasa perubahannya. Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Saturday, April 28, 2012
WANITA - AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Wallahua'lam..
Friday, April 27, 2012
Thursday, April 26, 2012
GEMBIRALAH WAHAI HATI YANG DUKA....
Jika ada org bicara mengenai kita di belakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...
* Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...
* Saat org bicara dgn nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...
*Saat org bicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...
"Payung tidak dapat menghentikan hujan, tapi dapat membuat kita berjalan menembus hujan utk mencapai tujuan"
* Saat org bicara merendahkan diri kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...
* Saat org bicara dgn nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...
*Saat org bicara buruk mengenai kita padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka, itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka...
"Payung tidak dapat menghentikan hujan, tapi dapat membuat kita berjalan menembus hujan utk mencapai tujuan"
Wednesday, April 25, 2012
Sunday, April 22, 2012
Saturday, April 21, 2012
Thursday, April 19, 2012
Wednesday, April 18, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






