I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 26, 2011

AMPUNKAN DOSAKU

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat.
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan  ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ya Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Moga Allah terima taubat kita.
YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintumu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat kami.

Monday, December 19, 2011

PERIHAL SAHABAT

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
 -Saidina Ali-

Saturday, December 17, 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

Sumber : Majalah Gen-Q Isu No. 05  m/s 20

Pernahkah kita terfikir mengapa mulut dicipta tanpa pasangan? Sedangkan telinga, tangan, mata dan kaki semuanya berpasangan. Renungkan, kegunaan mata adalah untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk melakukan sesuatu kerja dan kaki untuk bergerak.

Mulut? Kalau kita dapat renungkan, antara 2 faktor yang menyebabkan keracunan iman seseorang adalah berpunca daripada mulut.

1) PERTAMA : Ketajaman mulut melebihi mata pedang.
Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan antara mereka.

2) KEDUA : Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsu menjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kamu berkata baik ataupun diam."
Hikmahnya :
1) Apabila kurang bercakap kita akan lebih  berfikir dan apabila berfikir, akal akan menjadi lebih tajam.

2) Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan, bukan pada nafsu.

3) Kurang dosa, kerana banyak bercakap banyak dosa. Apabila banyak dosa, kurang malu. Apabila kurang malu manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.

4) Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat menyakiti perasaannya.

5) Dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.

Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan, maka akan bertambahlah 'maksiat' seseorang itu kerana memelihara mulut yang satu inipun banyak ujiannya. Jadi kurangkan bercakap, banyakkan mendengar.

Friday, December 16, 2011

RAHSIA HARI LAHIR

Sumber : blogpakarhowto

ISNIN
  • Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
  • Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.
  • Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya.
  • Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.
  • Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
  • Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
  • Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.
  • Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.
  • Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
  • Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.
  • Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya.
  • Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.
  • Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.
  • Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut.
  • Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
  • Suka berdendam.
  • Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.
  • Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.
  • Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.
  • Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja.
  • Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.
  • Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
  • Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
  • Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
  • Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
  • Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
  • Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
  • Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
  • Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
  • Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
  • Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
  • Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
  • Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
  • Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.
  • Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.
  • Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.
  • Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
  • Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah.
  • Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal.
  • Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
  • Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji.
  • Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
  • Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.
  • Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
  • Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri.
  • Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.
  • Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2.
  • Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.
  • Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.
  • Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
  • Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Thursday, December 15, 2011

UBAT KANSER

Tak ingat dapat sumber ni dari mana....cara mengubati kanser dengan mengamalkan ayat Quran...

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah ayat 1-5
3. Al-Baqarah ayat 163-165
4. Al-Baqarah ayat 255-257
5. Al-Baqarah ayat 284-286
6. Ali Imran ayat 1-5
7. Ali Imran ayat 18
8. Ali Imran ayat 26
9. Ali Imran ayat 27

Wednesday, December 14, 2011

I'M SORRY

Satu perkara paling susah untuk dilakukan oleh setiap orang adalah memberi dan meminta maaf. Bukan sahaja untuk memaafkan orang lain, bahkan memaafkan diri sendiri pun agak sukar dilakukan. Kebencian, dendam, kemarahan, sakit hati adalah sumber penyakit yang menjadi penyebabnya. Jadi kemaafan adalah satu-satunya ubat untuk meningkatkan kesihatan diri.

Hasil Penelitian :
1) Penelitian mendapati orang yang sentiasa memohon maaf atas kesilapan tidak mudah stres, tekanan darah lebih stabil, tidur lebih berkualiti dan daya tahan badan yang lebih kuat.

2) Penelitian Commonwealth University mengatakan orang yang tidak memaafkan adalah sama dengan orang yang sedang marah, benci dan stres. Malah, otot-otot mereka lebih tegang, tekanan darah lebih tinggi dan lebih mudah mengalami sakit dan gangguan fizik.

3) Penelitian dari Case Western Reverse University, Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat mengatakan kaum wanita mempunyai sifat semula jadi dalam memaafkan seseorang itu berbanding dengan lelaki yang lebih bersikap agresif.

Friday, December 9, 2011

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK LANGSING

1. Epal
2. Telur
3. Bunga Kobis
4. Yogurt Rendah Lemak
5. Oatmeal
6. Kacang
7. Sup
8. Ikan
9. Salad
10. Bulgur (gandum tinggi serat)

Thursday, December 8, 2011

MUZIK POSITIFKAN MINDA


Sumber : Majalah RAPI 01 Disember 2011 - m/s 53

Mendengar muzik sebenarnya satu cara terbaik untuk menyediakan mental dalam apa jua aktiviti. Kuasa muzik diakui berkesan untuk mempengaruhi, memberi semangat dan menambahkan ilham pada kita. Jika anda menghadapi apa jua masalah dan terasa semangat diri semakin merudum, pasanglah muzik kegemaran dan biarkan muzik itu membasahi jiwa anda semahunya.


Sunday, December 4, 2011

TOPUP KLIK RELOAD

Ingatan buat diriku yang sentiasa alpa....

1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkann jiwa.
2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8. Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.

Sumber : Majalah Gen - Q Isu No. 04

KITA SATU

Saturday, December 3, 2011

MELARAT DALAM MAKSIAT

Sumber : Ahmad Fedtri Yahaya m/s 26 Majalah Gen-Q

Ingatan buat diriku .......

Maksiat aduhai maksiat
Sebelum dapat fantasi tak ingat
Sudah dirasa bertambah lazat
Bila sudah jadi tabiat
Manisnya iman menjadi kelat
Hendak bersolat sudah tak larat
Hati hitam lagi berkarat
Bila ketagih tidak dirawat
Hidup pasti tambah melarat
Takut Allah turunkan laknat

Maksiat itu khayalan syaitan
Dosa bertambah diri merana
Usah terjebak segala hasutan
Kuatkan diri perteguh agama

KEHILANGANMU BERAT BAGIKU

Monday, November 14, 2011

TEMAN TAPI MESRA

Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku
Dia amat manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku
Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Sunday, November 13, 2011

KAABAH


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.... ~ anis

sumber: http://fathnahlrahman.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails