I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

CREDO PEMBELAJARAN AKTIF


Apa yang saya 'dengar', saya lupa.
Apa yang saya dengar dan 'lihat', saya ingat sedikit.
Apa yang saya dengar, lihat dan 'bertanyakan soalan' tentangnya ataupun 'membincangkannya' dengan orang lain, saya mula memahaminya.
Apa yang saya dengar, lihat, bincang dan 'buat', saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran.
Apa yang saya 'ajarkan' kepada orang lain, saya menguasainya.

Sumber : m/s 1 Buku Pembelajaran Aktif, Mel Silberman

Saturday, February 26, 2011

I like.....

The saying goes : The expert in anything was once a beginner in everything. Truer words were never spoken.

Monday, February 21, 2011

MENGAJAR SECARA EFEKTIF


"Guru dihormati jika dia benar-benar bersedia dalam setiap pengajarannya, tepat mengikut masa, sistematik dan prihatin terhadap pelajarnya."

Dari segi pemarkahan, komen terperinci perlu diberikan kepada murid.

"Tugasan menunjukkan banyak peningkatan. Jelas kamu menumpukan agak banyak masa mengulang kaji topik ini dan dapat menjawab sepenuhnya. Teknik pembelajaran baharu kamu berjaya; teruskan usaha baik ini."

Sunday, February 20, 2011

SIAPA


"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak."

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah)

Saturday, February 19, 2011

MENGURUS NYAWA

Gambar-gambar adalah ehsan dari Google Image.
Sumber artikel : Majalah Solusi Isu 5.


Kuantiti masa tidak boleh dipanjangkan tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat sesuatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan.

Misalnya RasulAllah s.a.w. pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadat sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat sehingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun !


Seseorang 'asi (pembuat dosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat "pusingan U" dalam hidupnya. Nafsunya begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh, wisel "perlumbaan" menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.



Di padang mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, "ke mana umur mudamu dihabiskan?" Tuhan tidak bertanyakan umur tua.
Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua.


Sehubungan itu, Nabi s.a.w. mengingatkan dalam hadisnya, bermaksud :
"Pergunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati."


Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.


Friday, February 18, 2011

REZEKI TERBAIK


"Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambanya. Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik."
(Surah Saba' 34:39)
Related Posts with Thumbnails