I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 19, 2011

MENGURUS NYAWA

Gambar-gambar adalah ehsan dari Google Image.
Sumber artikel : Majalah Solusi Isu 5.


Kuantiti masa tidak boleh dipanjangkan tetapi kualitinya boleh dipertingkatkan. Justeru dalam Islam banyak hadis yang menjelaskan tentang fadilat sesuatu amalan yang digandakan melebihi tempoh masa dan tenaga yang digunakan.

Misalnya RasulAllah s.a.w. pernah menegaskan bahawa sesiapa yang bersolat jemaah Isyak dan Subuh, maka dia seolah-olah telah beribadat sepanjang malam. Juga bagi orang yang berfikir sesaat sehingga terasa kebesaran Allah lebih baik daripada beribadah selama setahun !


Seseorang 'asi (pembuat dosa) yang telah melangkaui usia 40 tahun, dikira sudah liat dan keras untuk membuat "pusingan U" dalam hidupnya. Nafsunya begitu buas untuk dijinakkan walaupun mungkin sudah kehilangan tenaga untuk melakukan kejahatan. Jadi, berhati-hati sebaik mencapai usia akil baligh, wisel "perlumbaan" menuju Tuhan telah pun ditiup. Larian menuju Allah telah pun dimulakan.



Di padang mahsyar nanti, antara satu soalan daripada empat soalan yang Allah akan tanya ialah, "ke mana umur mudamu dihabiskan?" Tuhan tidak bertanyakan umur tua.
Ini menunjukkan betapa bernilainya masa muda berbanding tua.


Sehubungan itu, Nabi s.a.w. mengingatkan dalam hadisnya, bermaksud :
"Pergunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati."


Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana ia diurus dan untuk apa ia digunakan.


No comments:

Related Posts with Thumbnails