I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 14, 2011

SRK AIR BARUK 1988






12 Mac 2011
Sabtu
REUNION THN 6/1998 SRK AIR BARUK…
Detik bersejarah ….setelah 23 tahun berpisah dengan kawan-kawan masa darjah 6/1988 SRKAB (sekrg SKAB) akhirnya bertemu semula pada tanggal 12 Mac 2011 di Hotel Seri Impian.
Antara yang dapat hadir : Norazam binti Sahet dan keluarga (Ketua Pengawas), Mohd Hadil bin Berahim, Hasnol bin Zakaria dan isteri, Nazari bin Abdul Malek dan anak-anak, Asmawi (sori awie..faeez lupa bin apa), Mohd Fuad bin Roslan, Hairol Hisham bin Roslan, Rajendran, Shuhada binti Yahya dan keluarga, Rahimah binti Yaacob dan keluarga, Norhanah binti Nordin (DJ Hanna, Muzik fm, Slot Khamis 10.00 pagi – 2.00 ptg) dan Roazliza binti Arshad dan anak-anak…
Masa 2 jam yang diperuntukkan…mmg x cukup…byk betul kenangan mengusik jiwa..he..he
InsyaAllah katanya bln 5 nnti akan ada 2nd reunion. Hope so…

Saturday, March 5, 2011

CINTA ANDROPAUS DAN MENOPAUS

Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti.

Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landasan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur. Jika pangkal jalan kita benar, maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu apabila dirasakan tersasar....

Ingatlah bahawa cinta itu adalah soal rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang. Tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini, tiada tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran.

Di hati orang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua....justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga.

Sumber : SOLUSI #29

Thursday, March 3, 2011

FORMULA

FORMULA MENCIPTA SYURGA RUMAH TANGGA

  1. Iman sebagai dasar
  • RasulAllah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Dinikahi seseorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Maka, buat pasangan yang akan atau sudah bernikah, jadikanlah Allah sebagai tujuan dalam berumah tangga. Jika sudah tersasar, kembali ke pangkal jalan. Jika kita menjaga syariat Allah, nescaya Allah akan menjaga rumah tangga kita.
2. Syariat jadi amalan
  • Peraturan Allah mestilah menjadi panduan sepanjang melayari kehidupan berumah tangga. Semua anggota keluarga tertakluk kepada hukum wajib, haram, sunat, harus dan makruh dalm setiap perlakuan dan tindakan mereka.
3. Akhlak jadi budaya
  • Apabila iman dijadikan matlamat dan syariat sebagai jalan, maka dengan sendirinya akan berbuahlah akhlak dalam keluarga tersebut.
  • Tanpa iman dan syariat, akhlak tidak mungkin dapat dihasilkan.
  • Di sinilah salahnya tanggapan sesetengah pihak yang ingin mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga tetapi tidak menitikberatkan soal iman dan syariat.
Sumber : Majalah Solusi #29

SYURGA DUNIA


"Syurga dunia" bermula dalam rumah kita.
Baiti jannati (rumahku syurgaku).
Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga.

Keimanan dan kesejahteraan dunia yang luas ini bermula daripada keharmonian sebuah rumah tangga. Oleh sebab itulah Allah s.w.t. telah menegaskan dalam maksud firmannya :
"Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka."

Wednesday, March 2, 2011

10 CIRI PEMBELAJARAN BERKESAN


1. Jangkaan dan hala tuju guru mesti jelas.
2. Wujudkan suasana bilik darjah yang berorientasikan tugas.
3. Gunakan pelbagai aktiviti pembelajaran.
4. Menentukan dan mengekalkan momentum serta langkah pembelajaran.
5. Galakkan penyertaan dan penglibatan pelajar.
6. Memantau kemajuan pelajar dan memenuhi keperluan mereka.
7. Menyampaikan pelajaran yang disusun dengan baik.
8. Memberi pelajar maklum balas positif dan membina.
9. Memastikan objektif pembelajaran dirangkumi.
10. Menggunakan sebaik mungkin teknik meyoal.

Sumber : Buku 'Pengajaran Pakar' oleh Rosie Turner-Bisset

Tuesday, March 1, 2011

TOP 100 THE MOST INFLUENCE MAN


Datuk Abu Kassim bin Mohamed (lahir 5 Disember 1960) adalah rakyat Malaysia berketurunan Melayu yang menjadi ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-2 mulai 1 Januari 2010 dan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua pesuruhjaya baru pada 4 Januari 2010.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960.

Abu Kassim berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang keadilan jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Mulai 1 September 1984 beliau dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Cawangan di BPR Cawangan Sibu. Kemudian dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Kemudian dilantik sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.Penubuhan SPRM melalui Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Pada 4 November 2009 , Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya beliau dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. Perlantikan itu berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694]. [2]

Related Posts with Thumbnails