Dulu....zaman sekolah...tak pernah tinggal baca Al-Mathurat...wajib baca selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar...tapi sekrg...rasanya semakin alpa dengan dunia..lupa semua amalan yang pernah jadi darah daging suatu ketika dulu...tapi alhamdulillah tindakan seorang kawan yang taip kat 'wall' di 'fb'nya telah menyedarkan aku supaya hidupkan semula amalan membaca Al-Mathurat ni...
Kelebihan Al-Mathurat
- Dilindungi daripada syaitan
- Hati tidak mati
- Mendapat keselamatan
- Mendapat kesempurnaan nikmat Allah
- Mendapat redha Allah
- Terhindar daripada perkara mudarat
- Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa
- Hilang rasa dukacita
- Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang
- Mendapat syafaat Nabi pada hari kiamat
Nabi s.a.w juga pemimpin yang sibuk. Walau baginda sudah dijamin syurga, baginda tetap gigih beramal ibadah. Amalan yang Nabi s.a.w buat pasti banyak keberkatannya.
Disiplinkan diri, korbankan masa bersenang-senang dan kuatkan azam seandainya mahu meningkatkan rohaniah di sisi Allah s.w.t
Sumber : Majalah Anis APRIL 2011
No comments:
Post a Comment