I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 25, 2011

PUASA...MENCEGAH PENYAKIT?

Mack Pardon, seorang doktor pakar, berpandangan bahawa semua orang perlu berpuasa, walaupun dia tidak sakit. Ini kerana, bahan kimia merbahaya yang terdapat dalam makanan serta ubat-ubatan akan membuatkan tubuh badan seseorang itu tidak cergas, kurang bermaya dan bertambah berat badan.

Apabila seseorang itu berpuasa, badan akan beraktiviti untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Hasil daripada pencernaan bahan makanan dan zat-zat yang tersimpan dalam tubuh akan dirembes keluar daripada tubuh badan dalam bentuk peluh dan air kencing. Perembesan ini dinamakan bahan kumuh.

Ahli-ahli kesihatan Eropah seperti Dr. Heisen Luhman, Dr. Bersarbaz dan Dr. Muller menjadikan puasa sebagai terapi utama untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kronik. Contohnya, gangguan sistem pencernaan, masalah kegemukan (obesiti), sakit jantung, penyakit hati, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Sumber : Buku 12 Bulan Islam Jilid 9 Ramadhan

2 comments:

Faeez said...

huk huk...x sabar tggu ramadhan..nabilah dah ckp..nak solat terawih penuh ni...bagus....semangat anak umi

wahida said...

kan...saya pun tak sabar nak tunggu Ramadhan...semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnya...

Related Posts with Thumbnails