I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 12, 2011

TIPU DAYA DUNIA

Sedang baca buku "Penenang Jiwa - Pengubatan dan Rawatan Imam Al-Ghazali".... lum sempat baca banyak..jadi..pilih2 dulu tajuk yang berkenan di hati ...

Surah Al-Munafiqun ayat 9 :
"Wahai orang2 yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak2mu daripada mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka orang yang rugi."

Rasul Allah s.a.w. bersabda :
"Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran."

Surah At-Takasur ayat 1 :
"Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyakkan harta benda dan anak-anak."

Ditanyakan, "Siapa umatmu yang terburuk itu, ya Rasul Allah?"
Jawab baginda :
"Akan datang sesudahmu kaum2 yang makan makanan yang terlazat, menunggang kuda yang terelok, mengahwini wanita yang tercantik, memakai pakaian yang terbaik, namun perut mereka tidak pernah kenyang, nafsu mereka tidak puas juga. Mereka buru dunia pagi dan petang. Mereka jadikan dunia sebagai Tuhan. Lalu mereka patuhi perintahnya dan mereka perturutkan keinginannya."

Renung2kanlah....dan selamat beramal.....(peringatan buat diriku)

Friday, May 6, 2011

ADA APA DENGAN 7?

Tujuh golongan yang bakal mendapat naungan Allah s.w.t di akhirat kelak :
  1. Pemimpin yang adil
  2. Orang muda yang membesar dalam ketaatan kepada Allah
  3. Seseorang yang sentiasa terpaut hatinya pada masjid
  4. Dua insan yang berkasih kerana Allah
  5. Seorang lelaki yang menolak maksiat
  6. Seorang lelaki yang ikhlas dalam memberikan sedekah
  7. Seseorang yang mengingati Allah seorang diri lantas mengalir air matanya
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wednesday, May 4, 2011

TIP MEMILIH PASANGAN


  • Yang kuat pegangan agama
  • Yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai
  • Yang baik budi pekerti
  • Yang bercampur dengan golongan rakan yang baik
  • Latar belakang daripada keluarga/keturunan yang baik
Sumber : SOLUSI #6 m/s 84

Saturday, April 30, 2011

FAIL TERAPI

Idea tersekat? Tak mampu berfikir lagi?
  • Baring dengan kaki diangkat ke atas
Menurut Dr Darren Lipnicki daripada sekolah psikologi di Australian National University, yang telah menjalankan kajian tentang bagaimana 'neurotransmitter' dilepaskan. Kajian dilakukan ke atas 20 orang peserta yang diberikan soalan-soalan sambil berdiri dan berbaring.
  • Manusia lebih bijak dan kreatif ketika berbaring berbanding berdiri.

'Baring dalam keadaan kaki macam ni lah...jgn pakai kasut sukan pulak ye...he..he...'


Sumber : Majalah Rapi 1 Feb 2011 m/s 123

Monday, April 25, 2011

FADILAT SEDEKAH



Menurut Al-Quran, al-Hadis dan huraian ulama, di antara fadilat sedekah ialah :
  • mengundang datangnya rezeki
  • menolak datangnya bala atau malapetaka
  • menyembuhkan penyakit
  • mempercepat makbulnya hajat (perkara mulia)
  • memanjangkan umur

Sunday, April 24, 2011

RAHSIA BUAH DURIAN BELANDA


  • pembunuh semula jadi sel kanser
  • 10 000 kali lebih kuat daripada terapi kimo
  • memberi kesan anti tumor
  • terbukti secara perubatan mampu mencegah segala jenis kanser
  • Fungsi buah durian belanda :
  • a) anti bakteria
  • b) anti fungus
  • c) berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing
  • d) menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan dan stres
  • e) menstabilkan kembali sistem saraf yang kurang baik

Saturday, April 23, 2011

Lagi sekali 'Kau Laksana Bulan'





Rasanya ni kali ke2 drama Kau Laksana Bulan ditayangkan di TV2...Isnin - Rabu jam 2.30 petang..
Mmg asyik tgk cerita ni...sbb suka kat hero dan heroinnya....Novelnya pulak..dekat 3, 4 kali aku ulang2 baca....siap leh terbayang lagi pelakon-pelakonnya melakonkannya di TV...dialog pun skit lebih kurang sama dalam novel dan dalam drama...'class' beb...aku suka.

Friday, April 22, 2011

NOKIA C6 @ NOKIA N8 @ HP MINI














Semuanya berkenan...tapi kena buat satu pilihan aje....think wisely...

C6 - RM1 025 (kat Tesco Cheng)
N8 - RM1 700
HP Mini - RM899

C6 n N8, walaupun ada wifi tapi...kalau kawasan tu x de wifi coverage..tokleh gak nak guna internet. HP Mini ni pulak..leh bawa g mana2 aje..even g pulau..leh surf internet bila2 masa..as long as ada broadband....(mmg dah ada broadband)...

So...pilihan terbaik...HP Mini lah...Nabilah leh kongsi guna untuk buat zoom-a.
Tapi kan.....hati ni meruntun-runtun nak Nokia ni....tapi x nak le beli sendiri...membazir...hp yang ada ni masih leh guna lagi....bila lah org tu nak belikan?????

HILANGKAN TANDA HITAM BAWAH MATA


Mudah aje...hiris kentang senipis yang boleh...letakkan di kawasan bawah mata. Amalkan selalu...insyaAllah hilang warna hitam tu...
Baru cuba 2 kali...dan dah nampak perubahan...

Tuesday, April 12, 2011

KELEBIHAN AL-MATHURAT


Dulu....zaman sekolah...tak pernah tinggal baca Al-Mathurat...wajib baca selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar...tapi sekrg...rasanya semakin alpa dengan dunia..lupa semua amalan yang pernah jadi darah daging suatu ketika dulu...tapi alhamdulillah tindakan seorang kawan yang taip kat 'wall' di 'fb'nya telah menyedarkan aku supaya hidupkan semula amalan membaca Al-Mathurat ni...

Kelebihan Al-Mathurat
  1. Dilindungi daripada syaitan
  2. Hati tidak mati
  3. Mendapat keselamatan
  4. Mendapat kesempurnaan nikmat Allah
  5. Mendapat redha Allah
  6. Terhindar daripada perkara mudarat
  7. Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa
  8. Hilang rasa dukacita
  9. Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang
  10. Mendapat syafaat Nabi pada hari kiamat
Nabi s.a.w juga pemimpin yang sibuk. Walau baginda sudah dijamin syurga, baginda tetap gigih beramal ibadah. Amalan yang Nabi s.a.w buat pasti banyak keberkatannya.

Disiplinkan diri, korbankan masa bersenang-senang dan kuatkan azam seandainya mahu meningkatkan rohaniah di sisi Allah s.w.t

Sumber : Majalah Anis APRIL 2011
Related Posts with Thumbnails