I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 17, 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

Sumber : Majalah Gen-Q Isu No. 05  m/s 20

Pernahkah kita terfikir mengapa mulut dicipta tanpa pasangan? Sedangkan telinga, tangan, mata dan kaki semuanya berpasangan. Renungkan, kegunaan mata adalah untuk melihat, telinga untuk mendengar, tangan untuk melakukan sesuatu kerja dan kaki untuk bergerak.

Mulut? Kalau kita dapat renungkan, antara 2 faktor yang menyebabkan keracunan iman seseorang adalah berpunca daripada mulut.

1) PERTAMA : Ketajaman mulut melebihi mata pedang.
Mulut yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengarnya akan mengakibatkan perselisihan antara mereka.

2) KEDUA : Kita akan mengikuti apa yang dimahukan oleh nafsu apabila nafsu menjadi pemandu dan manusia menjadi kenderaannya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kamu berkata baik ataupun diam."
Hikmahnya :
1) Apabila kurang bercakap kita akan lebih  berfikir dan apabila berfikir, akal akan menjadi lebih tajam.

2) Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan keimanan, bukan pada nafsu.

3) Kurang dosa, kerana banyak bercakap banyak dosa. Apabila banyak dosa, kurang malu. Apabila kurang malu manusia akan seenaknya membuat maksiat sesuka hati.

4) Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun kita tidak berniat menyakiti perasaannya.

5) Dapat menilai baik dan buruk sesuatu tindakan kerana tatkala kita banyak berkata ia akan menyukarkan hati untuk menyelidiki dan menilai.

Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan, maka akan bertambahlah 'maksiat' seseorang itu kerana memelihara mulut yang satu inipun banyak ujiannya. Jadi kurangkan bercakap, banyakkan mendengar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails