Didikan utama untuk anak lelaki
- Latih sifat kepimpinan dalam diri mereka.
- Dekatkan mereka dengan institusi masjid.
- Lebihkan gerak kerja yang lasak, outdoor dan berpanas.
- Latih mereka menjadi imam solat berjemaah.
- Ajarkan ilmu yang patut diketahui oleh seorang lelaki seperti membaiki paip yang rosak, memotong rumput dan berkebun, bertukang kayu, membaiki alatan elektrik, membaiki jentera motor dan sebagainya.
- Elakkan membeli alat permainan untuk anak perempuan seperti anak patung, pinggan-mangkuk, pakaian dan sebagainya.
- Galakkan mereka menyertai kerja-kerja kesukarelawanan seperti gotong-royong dan sebagainya.
- Buat pasport antarabangsa untuk mereka dan cari peluang untuk menghantar mereka ke luar negara sama ada untuk belajar atau mencari pengalaman.
- Didik mereka menutup aurat semenjak kecil. Jangan memakai pakaian lelaki.
- Galakkan membuat kerja-kerja di dalam rumah berbanding dengan anak-anak lelaki.
- Elakkan membeli alat-alat permainan kanak-kanak lelaki seperti kereta mainan, robot, alat pertukangan, pistol dan senapang dan lain-lain .
- Lebih bersopan santun dan lemah lembut.
- Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan, melahirkan anak apabila mereka akil baligh.
- Ajarkan kemahiran yang patut diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah, menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan.
1 comment:
keciknya tulisan...gigih aku baca...huhu...
anyway, tengs for sharing...
Post a Comment