I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 16, 2011

MAKAN SECARA SEDERHANA

Kita digalakkan bersederhana dalam segala perkara, termasuk soal makan. Makan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu dan selera tekak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.” Sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar ialah kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan.

Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” Tatacara yang dianjurkan Rasulullah SAW ketika makan ialah dengan ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’.

Jika kita ambil contoh cara pemakanan Rasulullah SAW, baginda tidak memakan buah bersama susu pada masa sama. Dalam konteks hari ini, buah bercampur susu ialah koktel kerana campuran ini boleh menyebabkan gastrik.
Dalam al-Quran ada terkandung larangan kita mencampur makanan darat dan laut seperti sup atau tom yam campur iaitu daging lembu dicampur bersama udang dan sotong.

Rasulullah SAW juga melarang sahabat makan ikan bersama susu kerana ia menyebabkan si pemakan mudah mendapat penyakit.

Pakar pemakanan hari ini menemui kesan tindak balas kimia makanan darat dan laut boleh mengakibatkan kerosakan perut dan usus.

Bagaimanapun, daripada segi hukum, tidak jatuh haram bagi kita untuk makan campuran makanan yang disebutkan di atas. Ia lebih kepada cara amalan makan terbaik yang diajarkan oleh nabi kita.

Soalnya, sebagai seorang Islam, siapa lagi yang patut kita jadikan contoh untuk diikuti jika tidak Rasulullah SAW? Justeru, fikirkanlah mengenai pesanan dan anjuran Rasulullah.

Sumber : Kalam Imam Muda
Mohd Hassan Adli Yahaya
hassan.adli@imhassan.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails