I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 5, 2010

GELAGAT SYAITAN DI RUMAH KENDURI


Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....
Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti.. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar
suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa
pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan
begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga
apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang
ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai
dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org
yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada
juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala
dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak
untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan
Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan
manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun
berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
yangsama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian
perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu
bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil
sambil bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang
ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah

BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY: APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU
MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

No comments:

Related Posts with Thumbnails