RENUNG-RENUNGKAN....
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kapcai --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnya..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglo....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) TV 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) Mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kelong
..... T E T A P I...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KE ARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....
3) Bangi ---- Madinah ---- Mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca
AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya......infiniti. ......
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Sumber : Emel
CW Siti Suriana Bte CW Zakaria
Senajang Sdn Bhd
Tel/Fax No: 09-8589112
Email : yanna83_girlz@yahoo.co.uk
Wednesday, August 31, 2011
Saturday, August 27, 2011
SAHABAT DUNIA AKHIRAT
Sifat sahabat yang mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat.
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
4. menyebut kebaikan.
5. Mudah mengalah.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sahabat yang perlu dijauhi
1. Mementingkan diri sendiri.
2. Pengampu.
3. Pemboros dan suka hiburan.
4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
5. Suka berbantah-bantah.
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat.
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
4. menyebut kebaikan.
5. Mudah mengalah.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sahabat yang perlu dijauhi
1. Mementingkan diri sendiri.
2. Pengampu.
3. Pemboros dan suka hiburan.
4. Membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.
5. Suka berbantah-bantah.
Monday, August 22, 2011
NASI AMBENG, NASI KERABU DAN TAPAI UBI
First time g PARAM sepanjang Ramadhan ni...PARAM Tangkak memang best. Memenuhi citarasa. Almaklum aje la..minggu2 akhir ni mmg kurang skit mood untuk masak...tp semalam aje ye tak masak...lepas2 ni mmg kene masak...walaupun ada rasa malas...
Tapai Ubi |
Nasi kerabu |
Nasi Ambeng |
Saturday, August 20, 2011
100 HARI
Berdasarkan cerita 100 hari (sebelum mati)....
1) Tanda 100 hari
- selepas Asar, tangan dan kaki menggeletar.
2) Tanda 40 hari
- selepas Asar, pusat berdenyut-denyut.
- daun yang tertulis nama kita gugur.
3) Tanda 7 hari
- hamba yang sakit tadi berselera makan.
4) Tanda 3 hari
- denyutan di dahi.
- hidung jatuh (tgk dr sisi).
- telinga layu.
- tapak kaki bengkok ke depan, sukar ditegakkan.
5) Tanda 1 hari
- selepas Asar, terasa denyutan pada ubun-ubun.
- Ini tanda bahawa hamba Allah ini tidak akan bertemu Asar esok hari.
1) Tanda 100 hari
- selepas Asar, tangan dan kaki menggeletar.
2) Tanda 40 hari
- selepas Asar, pusat berdenyut-denyut.
- daun yang tertulis nama kita gugur.
3) Tanda 7 hari
- hamba yang sakit tadi berselera makan.
4) Tanda 3 hari
- denyutan di dahi.
- hidung jatuh (tgk dr sisi).
- telinga layu.
- tapak kaki bengkok ke depan, sukar ditegakkan.
5) Tanda 1 hari
- selepas Asar, terasa denyutan pada ubun-ubun.
- Ini tanda bahawa hamba Allah ini tidak akan bertemu Asar esok hari.
Tuesday, August 16, 2011
SASARAN KERJA TAHUNAN
Tak perlu buat SKT...(m/s 7 Borang Penilaian Prestasi). Maklumat lanjut, dapatkan diSINI.
Senang skit kerja...nak isi borang...x sampai 5 minit dah siap, tu pun kalau tulis tangan ..yang melambatkan kerja, nak buat SKT ni le..
Senang skit kerja...nak isi borang...x sampai 5 minit dah siap, tu pun kalau tulis tangan ..yang melambatkan kerja, nak buat SKT ni le..
Sunday, August 14, 2011
CARA MUDAH CARI MUKA SURAT JUZUK DI DALAM AL-QURAN
Sumber : Emel |
Friday, August 12, 2011
GULAI TEMPOYAK TIMUN & GERANG ASAM DAGING
Semalam ada lebih tenaga..so dapatlah masak beria skit....
Tuesday, August 9, 2011
ROTI JOHN
Bahan-bahan :
1. roti john yg panjang tu atau pakai roti buat hotdog tu pun boleh
2. kobis
3. mayonis
4. telur
5. sos cili
6. bawang holland atau bawang besar
7. sardin tin kecik
8. garam
9. kicap lemak manis
10. lada sula atau lada hitam
Penyediaan rempah
1. Hancurkan sardin tu smpai halus dalam bekas, campur satu sudu teh garam, lada sulah atau lada hitam, kalu nak bubuh ajinomoto satu sudu teh pun dah cukup.
2. Letak kicap lemak manis tu dlm 5 atau 6 sudu makan.
3. Kacau sampai rata.
Campuran rempah
1. Ambil satu atau dua sudu makan rempah tadi, masukkan dlm bekas lain, bekas ais kerim pun bole.
2. Pecahkan 5 biji telur dlm bekas tu.
3. Masukkan hirisan bawang holland atau bawang besar tadi.
4. Kacau smpai sebati.
Menggoreng Roti John
1. Gunakan kuali leper atau pan yg lebar yg muat roti tu. kalu pan kecik kena lah potong roti tu supaya muat nak letak dlm pan nnti.
2. Potong roti kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah.
3. Masukkan minyak masak, sikit je, tunggu smpai panas.
4. Lps tu masukkan campuran rempah, telur n bawang tadi ke dalam pan.
5. Ratakan dan letak roti atas campuran telur tu.
6. Biar lama sikit smpai agak2 dah garing.
7. Lps tu terbalikkan utk panaskan bhgn atas roti yg tak kene telur tu pulak.
8. Agak2 dah garing angkat letak kat atas papan pemotong.
9. Sapu mayonis kat atas dua2 roti permukaan telur yg garing tu.
10. Letak hirisan kobis kat sebelah n sos cili kat atas hirisan kobis tu.
11. Lepas tu letak bhgn yg satu tu balik kat atas. potong 3 atau 4 ikut suka hati.
Dah siap dimakan.
"Selamat mencuba..." hehehe
Sumber :fb Hatri Asmawi
Monday, August 8, 2011
PUYUH PERAP GORENG
Ni bukan puyuh hangus ok....puyuh ni hitam sebab diperap....
PUYUH PERAP GORENG
4 ekor puyuh - perap dgn garam, kunyit, sos tiram dan kicap manis. Goreng dan asingkan dulu.
5 tangkai cili padi }
1" halia - hiris mcm lidi } Tumis hingga naik bau
2 ulas bwg besar - hiris }
Lepas dah tumis, masukkan semula puyuh goreng td.
Boleh masukkan skit sayur2 spt kacang panjang dan lobak merah.
PUYUH PERAP GORENG
4 ekor puyuh - perap dgn garam, kunyit, sos tiram dan kicap manis. Goreng dan asingkan dulu.
5 tangkai cili padi }
1" halia - hiris mcm lidi } Tumis hingga naik bau
2 ulas bwg besar - hiris }
Lepas dah tumis, masukkan semula puyuh goreng td.
Boleh masukkan skit sayur2 spt kacang panjang dan lobak merah.
Saturday, August 6, 2011
AUTO PUBLISH 1
Dah lama aku cari cara nak buat auto publish..hr ni (05/08/2011) br jumpa selepas meng'google'...Entry ni just a trial..nak uji jd tak auto publish aku ni..
Caranya : Klik pada post option...pada ruangan post date and time..masukkan tarikh yg dikehendaki...
Friday, August 5, 2011
UDANG MASAK HIJAU & KAILAN IKAN MASIN
UDANG MASAK HIJAU
Udang
Tauhu
Capsicum
Lada hijau - kisar
Bawang besar - kisar
Garam
Sedikit air
Cara aku
1. Tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam, capsicum, tauhu dan udang.
3. Tambah skit air.
KAILAN IKAN MASIN (air tangan hb)
Kailan
Ikan masin
Sos tiram
Bawang besar - tumbuk
Sedikit ikan bilis - tumbuk
Sos tiram
Cara hb
1. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sedikit sos tiram.
3. Masukkan kailan dan ikan masin
Thursday, August 4, 2011
GULAI REBUNG DAGING & SAMBAL TELUR UDANG KERING
GULAI REBUNG DAGING
Rebung - cuci dan toskan
Daging - rebus dulu
Santan
Cili padi - kisar
Serbuk kunyit
Bawang besar - kisar
Sekeping asam keping
Cara :
1. Masukkan santan, serbuk kunyit dan bahan kisar dalam periuk.
2. Masukkan rebung. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan asam keping.
Gambar ni kurang pencahayaan...he he..atas dapur lg nih...
SAMBAL TELUR UDANG KERING
Cili mesin
Telur
Udang kering
2 biji bawang besar - dihiris
Sikit air asam jawa
Cara aku..
1. Tumis cili hingga garing. Masukkan bawang dan udang kering.
2. Masukkan air asam jawa. Skit aje...
2. Masukkan telur.
Wednesday, August 3, 2011
SAMBAL CILI PADI & SHITAKE SOS TIRAM
SHITAKE SOS TIRAM
Batang seleri - hiris memanjang
Capsicum merah (lada benggala) - hiris memanjang
Cendawan shitake - rendam hingga lembut, br potong 4
Udang
Sos tiram
Bwg besar - dikisar
Bwg putih - dikisar
Cara
1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Masukkan sos tiram.
3. Tambah sikit air.
4. Masukkan cendawan, cendawan shitake, capsicum dan udang.
5. Masak hingga semuanya lembut...bukan hingga lembik tau...
Tada......inilah hasilnya
SAMBAL CILI PADI
5 tangkai cili padi - kisar
2 genggam ikan bilis - segenggam digoreng. Baki dikisar.
4 biji bawang besar - kisar
Sedikit gula dan garam
Cara
1. Goreng ikan bilis. Asingkan dulu.
2. Tumis bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Monday, August 1, 2011
ONDE2 DAN CHEK MEK MOLEK
Umi kata ada keledek ni...nak buat apa ye...Nabilah nak makan onde2..aku pulak nak chek mek molek...maka terhasillah dua benda ni..
ONDE2
Tepung pulut
Keledek (rebus dan lecek)
Gula melaka (racik halus)
Kelapa parut (putih aje)
Garam (campur dlm kelapa parut, skit aje)
Cara
1) Gaul keledek dengan tepung pulut. Pastikan x melekat kat tgn (br ok).
2) Uli bulat2 kecil..leperkan. Masukkan gula Melaka. Bulatkan semula.
3) Panaskan air dalam periuk.
4) Bila air dah mendidih, masukkan bola2 td.
5) Bila dah masak, bola2 td akan timbul.
6) Angkat guna penapis teh. Toskan air jap. Golekkan atas kelapa parut.
Sedia untuk dihidang.
CHEK MEK MOLEK
Keledek (rebus dan lecek)
Tepung gandum
Gula melaka (racik halus)
Cara
1) Gaul keledek dengan tepung gandum. Pastikan x melekat kat tgn.
2) Ambil sejemput. Leperkan. Masukkan gula melaka.Tutupkan. Gelekkan kat tgn supaya jadi bentuk bujur.
3) Goreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)