I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 9, 2011

ROTI JOHN



Bahan-bahan :
1. roti john yg panjang tu atau pakai roti buat hotdog tu pun boleh
2. kobis
3. mayonis
4. telur
5. sos cili
6. bawang holland atau bawang besar
7. sardin tin kecik
8. garam
9. kicap lemak manis
10. lada sula atau lada hitam

Penyediaan rempah
1. Hancurkan sardin tu smpai halus dalam bekas, campur satu sudu teh garam, lada sulah atau lada hitam, kalu nak bubuh ajinomoto satu sudu teh pun dah cukup.
2. Letak kicap lemak manis tu dlm 5 atau 6 sudu makan.
3. Kacau sampai rata.

Campuran rempah
1. Ambil satu atau dua sudu makan rempah tadi, masukkan dlm bekas lain, bekas ais kerim pun bole.
2. Pecahkan 5 biji telur dlm bekas tu.
3. Masukkan hirisan bawang holland atau bawang besar tadi.
4. Kacau smpai sebati.

Menggoreng Roti John
1. Gunakan kuali leper atau pan yg lebar yg muat roti tu. kalu pan kecik kena lah potong roti tu supaya muat nak letak dlm pan nnti.
2. Potong roti kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah.
3. Masukkan minyak masak, sikit je, tunggu smpai panas.
4. Lps tu masukkan campuran rempah, telur n bawang tadi ke dalam pan.
5. Ratakan dan letak roti atas campuran telur tu.
6. Biar lama sikit smpai agak2 dah garing.
7. Lps tu terbalikkan utk panaskan bhgn atas roti yg tak kene telur tu pulak.
8. Agak2 dah garing angkat letak kat atas papan pemotong.
9. Sapu mayonis kat atas dua2 roti permukaan telur yg garing tu.
10. Letak hirisan kobis kat sebelah n sos cili kat atas hirisan kobis tu.
11. Lepas tu letak bhgn yg satu tu balik kat atas. potong 3 atau 4 ikut suka hati.

Dah siap dimakan.

"Selamat mencuba..." hehehe

Sumber :fb Hatri Asmawi

4 comments:

gedek! said...

agak-agak, John tau tak ada roti nama John...?

Faeez said...

he he..tau kot...

wahida said...

ya Allah..sedapnya...
buat org terliur je tau...hehe..

kalau buat sendiri lagi byk dpt kan...

Faeez said...

kalau buat sendiri....muai.....byk dapat..puas mkn..

Related Posts with Thumbnails