Sunday, July 25, 2010
TEGURAN NABAWI
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, melalui Abu Hurairah, seorang lelaki yang tidak pandai menunaikan solat telah masuk ke dalam masjid lalu menunaikan solat. Ketika itu Rasul Allah s.a.w sedang duduk dan baginda memerhatikan gelagat lelaki tersebut.
Setelah selesai menunaikan solat, lelaki itu datang kepada Rasul Allah s.a.w lalu memberi salam. Baginda menjawab salam itu lalu berkata : "Pergi kembali dan menunaikan semula solatmu, sesungguhnya kamu belum solat."
Maka lelaki yang jujur itu telah pergi menunaikan kembali solatnya dan setelah selesai beliau kembali bertemu Rasul Allah s.a.w. Malangnya sekali lagi Nabi s.a.w mengulangi kata-kata tadi dan mengarahkannya untuk kembali menunaikan solat.
Namun setelah 3 kali beliau mengulangi solatnya itu, Rasul Allah s.a.w tetap menyatakan perkara yang sama. Kali ini lelaki yang sudah kepenatan itu berkata : "Demi Tuhan yang telah mengutuskan engkau, aku tidak tahu untuk solat selain cara ini, ajarkanlah aku."
Maka Rasul Allah s.a.w menceritakan dari awal dan mengajar lelaki itu cara untuk menunaikan solat dengan betul dan menepati syarat serta rukun-rukunnya.
Daripada kisah di atas dapatlah disimpulkan bahawa :
1) Teguran perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan terutama jika ia melibatkan perkara yang penting dalam kehidupan.
2) Teguran adalah penting, tetapi apa yang lebih penting ialah cara membuat teguran.
3) Tidak mungkin kita boleh melakukan satu sahaja bentuk teguran untuk keadaan dan orang yang berbeza. Cara teguran itu mesti ditentukan dengan ilmu dan kebijaksanaan.
4) Teguran mestilah mempunyai matlamat untuk memberikan pengetahuan dan membantu, bukan menghina atau menjatuhkan semangat.
Saturday, July 24, 2010
KURMA SEBAGAI UBAT
Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.
i. Mengubati tenaga batin
Ramuan:
Kurma kering dan susu segar
Cara penyediaan:
Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.
ii. Mengubati gastrik
Ramuan:
Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli
Cara penyediaan:
Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.
Petua dan Larangan Penggunaan Kurma
Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.
Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.
Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:
Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.
Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.
Hadis Ibnu Umar r.a:
Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:
“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”
(Sahih Muslim: no 3809)
Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books. perintis. com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.
TEH UNCANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Asal mula teh celup
Anda minum teh? Teh celup atau teh tubruk? Sudah barang tentu dengan alasan kepraktisan, banyak orang yang lebih memilih teh celup.
Secara tidak sengaja teh celup ditemui oleh Thomas Sullivan, seorang peniaga teh dan kopi dari New York, dia menghantar sample teh dalam poket sutera kecil kepada para pelanggannya. Dia menggunakan beg sutera kerana alasan ekonomi, kalau menggunakan tin, selain kos pembuatannya lebih mahal, teh yang dikemas juga harus lebih banyak.
Pada awalnya para pelanggan Thomas bingung dengan bungkusan baru ini. Mereka menganggap bungkusan ini sama saja dengan teh yang dimasukkan ke dalam penapis metal, mereka langsung melemparkan begitu saja bungkusan tersebut ke dalam air panas. Baru kemudian mereka menyedari bahawa ternyata bungkusan tersebut cukup praktikal untuk melembutkan teh secara terus. Mereka menganggap ini lebih praktikal kerana tidak perlu membersihkan penapis teh atau jag. Selesai diseduh, bungkusan berikut tehnya bisa langsung dibuang. Lama-kelamaan permintaan sample teh dalam kemasan makin banyak, dan pada akhirnya Thomas Sullivan menyedari bahawa ini boleh menjadi dagangan yang menguntungkan. Teh celupnya mula dipasarkan secara komersial pada tahun 1904, dan dengan segera popularitinya tersebar ke seluruh penjuru dunia.
Akan tetapi, disedari juga, bungkusan tersebut membawa problem sendiri: Kualiti aroma dan rasa. Daun teh, memerlukan bilik untuk mengembang, sehingga bisa mengeluarkan aroma dan rasa yang optimum. Solusinya adalah untuk membuat kemasan lebih besar , dan daun teh yang digunakan ukurannya yang paling kecil. Saiz ini dikenali dengan nama Fanning dan Dust yang merupakan tahap terendah dari kelayakan high teh. Saiz yang kecil menyebabkan zat tannin lebih cepat keluar, sehingga menimbulkan rasa pahit.
Bagaimanapun, aroma dan rasa terbaik akan keluar dari hasil seduhan loose tea atau teh tubruk. Jadi kalau anda memang ingin meningkatkan apresiasi anda terhadap teh, mulailah beralih ke loose tea. Dari segi kepraktisan, memang lebih repot. Tetapi ritual penyeduhan teh merupakan sebahagian dari seni teh itu sendiri. Dan jangan lupa untuk tidak membiarkan pulpa teh tetap di dalam jag atau cawan anda.
Namun seiring perkembangan zaman, poket teh kemudian berganti, dari sutera ke kertas, inilah yang kemudian menimbulkan masalah.
Teh celup masa sekarang
Teh celup terdiri daripada ramuan teh, yang kemudian untuk menambah keharumannya, di Indonesia biasanya dicampur melati, yang kesemuanya dikemas dalam poket kecil.
tehnya sendiri tidak berbahaya, yang berbahaya adalah beg kertas bungkusan. Poket teh terbuat dari kertas kecil berserat renggang , - seperti sudah disebut di depan, pada masa awalnya koceknya diperbuat dari sutera atau nylon-yang diisi dengan daun teh, agar dapat membru teh dengan hemat dan praktis. Daun tehnya tetap berada di dalam poket ketika teh diseduh dengan air panas, membuatnya sangat mudah mengeluarkan dan membuang daun teh yang sudah diseduh itu, membru teh menjadi semakin mudah kerana poket itu diikatkan pada selembar benang dengan label kertas di hujung yang lain. Jadi benang ini juga berfungsi sebagai alat untuk tenggelamkan daun teh dan mengangkatnya.
Bahaya Chlorine
Pada umumnya kertas dibuat dari pulp (bubur kertas), yang terbuat dari bahan kayu, bubur ini berwarna coklat tua, untuk membuat serat pulp itu berwarna putih, digunakan sejenis bahan kimia pemutih yang diperbuat daripada sebatian klorin yang sangat pekat. Sayang dalam proses , klorin ini tetap tertinggal dalam produk kertas kerana tidak dilakukan penetralan kerana biayanya sangat tinggi. Kertas semacam inilah yang kemudian digunakan sebagai poket teh celup.
Elakkan merendam poket teh terlalu lama, kerana anda tentu berfikir bahawa semakin lama anda tenggelamkan teh celup itu dalam air panas , semakin banyak sari teh yang tertinggal dalam cawan anda. Namun yang terjadi justru sebaliknya. Akan semakin banyak kandungan klorin di kantong teh celup yang larut dalam teh anda, apa lagi kalau anda merendamnya lebih dari 3 minit.
Dalam industri kertas, klorin memang biasa digunakan sebagai bahan insektisida, disinfektan, pengawet, pembersih dan pemutih kertas, yang kemudian digunakan untuk membuat tissue, popok, kain dan sebagainya; juga penyepit kayu sekali pakai, oleh sebab itu di Cina, penyepit jenis ini dilarang digunakan. Kenapa? Mengikut kajian, dipercayai ada kaitan antara turun klorin dalam tubuh dengan kemandulan lelaki, lahir cacat, keterbelakangan mental serta kanser.
Jadi apa jalan keluarnya?
- Jangan terlalu lama menenggelamkan teh celup di dalam air panas, jangan lebih dari 3 minit.
- Elakkan penggunaan teh celup, sebagai gantinya, kembali seperti dulu, dengan menggunakan teh tubruk, atau teh jag, kalau mau lebih nikmat lagi, lakukan ritual minum teh seperti di China, Korea atau Jepun, ini boleh menenangkan dan meningkatkan rasa hormat kepada orang lain, kerana pada intinya, upacara minum teh adalah penghormatan kepada orang yang dilayani, sekaligus memberikan penghormatan kepada orang yang diberi kesempatan melayani, dengan menuangkan teh ke dalam mangkuk rakan di hadapannya.
http://haxims. blogspot. com/2010 / 06/teh-celup- berbahaya-bagi-kesihatan. html
PANTUN - MARI MENUTUP AURAT
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai
Saturday, July 17, 2010
WASIAT LUQMAN ALHAKIM (2)
"Wahai anakku, janganlah engkau menjawab soalan yang diajukan kepada orang lain seolah-olah engkau mendapat keuntungan atau engkau telah diberi hadiah. Jika engkau melakukan sedemikian bermakna engkau telah menghina orang yang ditanya, berkasar dengan orang yang bertanya dan engkau telah menunjukkan kepada orang yang bodoh ketidakbijaksanaanmu dan adabmu yang buruk."
WASIAT LUQMAN ALHAKIM (1)
Diriwayatkan daripada Ibn Wahab, "Berdiri seorang lelaki di sisi Luqman seraya bertanya:
WASIAT LUQMAN ALHAKIM
Bersyukur Boleh Melipat Gandakan Lagi Nikmat
- Siapa yang mendapat sesuatu lalu bersyukur tidak akan terhalang daripada bertambahnya rezeki. (Surah Ibrahim 14:7)
- Siapa yang diberikan hidayah untuk bertaubat maka dia tidak akan terhalang daripada dikabulkan permintaannya. (Surah As-Syura 42:25)
- Siapa yang beristikharah tidak terhalang daripada memperolehi pilihan yang terbaik.
- Siapa yang berbincang dan bermusyawarah tidak akan terhalang daripada kebenaran."