I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 17, 2010

WASIAT LUQMAN ALHAKIM (1)


Diriwayatkan daripada Ibn Wahab, "Berdiri seorang lelaki di sisi Luqman seraya bertanya:
'Awak Luqman hamba Bani Nuhas kah?' Luqman menjawab : 'Ya.'
Lelaki ini bertanya lagi: 'Anda penjaga kambing hitam kah?' Beliau menjawab : 'Kehitamanku jelas, apa yang kau hairankan dengan keadaan aku?'
Dia berkata lagi : ' Manusia menjejaki hamparanmu, mereka mendatangi pintumu, dan mereka redha dengan kata-katamu.'
Luqman berkata lagi :'Wahai anak kepada saudaraku, sekiranya kau melaksanakan apa yang kukatakan, kau pun akan menjadi demikian juga.'
Dia bertanya :'Apakah dia itu?' Luqman menjelaskan :'Aku menundukkan pandangan mataku, memelihara lidahku, kebersihan dan kesucian makananku, aku menjaga kemaluanku, aku menunaikan segala kewajipanku, aku menunaikan janjiku, aku memuliakan tetamuku, aku menjaga jiranku, dan aku meninggalkan perkara yang tiada erti padaku.
Inilah perkara yang menjadikan aku sepertimana yang kau lihat.'

No comments:

Related Posts with Thumbnails