I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 24, 2010

KURMA SEBAGAI UBAT



Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia. Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.

i. Mengubati tenaga batin

Ramuan:

Kurma kering dan susu segar

Cara penyediaan:

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.

ii. Mengubati gastrik

Ramuan:

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

Cara penyediaan:

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu akan berkurangan.

Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa larangan dalam pengambilannya.

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.

Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

Hadis Ibnu Umar r.a:

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

“Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”

(Sahih Muslim: no 3809)

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books. perintis. com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

2 comments:

AZIMAT MATEMATIK. said...

Salam persahabatan ku hulurkan untuk mu sahabat. Tahniah dan syabas kerana anda berjaya menghasilkan blog yang berilmiah.

Faeez said...

Terima kasih cikgu...

Related Posts with Thumbnails