I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 29, 2011

TERTARIK

Gler posting lak hr ni...maaf ye..excited terlebih..

Info ni dpt dari http://farihinzul1974.blogspot.com masa nak cari kolum berita Bujang Terlajak di Pahang tadi...belek punya belek blog Cikgu Zul terjumpa pulak kata-kata hikmat ni...

Kata-kata Profesor Ungku Aziz
1. Rajin bercakap, rajin bekerja - bagus sekali.
2. Rajin bekerja, malas bercakap - kena buli.
3. Malas bekerja, rajin bercakap - wayang cina.
4. Malas bekerja, malas bercakap - tak guna.
5. Malas bekerja, suka mengadu - nyanyuk.
6. Malas bekerja, selalu ponteng - baik berhenti.
7. Malas bekerja, suka menyibuk - baik mati.

Renung-renungkan....dan selamat beramal...

BUJANG TERLAJAK RAMAI DI PAHANG

Aku suka Pahang...suka orangnya...suka loghatnya....jom baca berita ni

Agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa lelaki di Malaysia termasuk Pahang iaitu 14,112,667 orang melebihi 13,453,154 wanita. Perbezaan 659,513 orang ini menafikan tanggapan banyak pihak wanita di negara ini melebihi lelaki. Di Pahang, kajian menunjukkan lelaki berusia antara 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita dengan nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita, melebihi paras nasional iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita. Ketidakseimbangan pecahan jantina ini jika dibiarkan akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan kerana lelaki di Pahang perlu bekerja lebih keras menambah pendapatan, memantapkan personaliti dan lebih bergaya kerana akan berlaku persaingan bagi mendapatkan pasangan hidup. Ia akan memberi kesan positif kepada produktiviti majikan, meningkatkan kitaran ekonomi kerana ramai yang berbelanja untuk mengubah gaya hidup serta melonjakkan jualan hartanah dan kenderaan untuk menarik minat wanita.


Mungkin juga berlaku fenomena lewat kahwin bagi lelaki yang mengutamakan kerjaya, manakala yang tewas dalam persaingan akan menambah jumlah bujang terlajak. Wanita tentu terlalu memilih teman hidup serta meletakkan syarat kepada lelaki yang mahu mengahwininya sama ada dari segi material dan fizikal dan akhirnya menyebabkan lelaki terpaksa mengambil masa lebih lama sebelum berumah tangga. Kekangan ini dikhuatiri turut menyumbangkan peningkatan gejala sosial seperti jenayah terutama rogol apabila lelaki bertindak luar batasan mengikut telunjuk nafsu dan kurang iman jika cintanya tidak berbalas. Ia sekali gus menjadi punca kepada masalah seks bebas akibat lelaki lebih gemar bertukar pasangan dengan alasan tidak mahu berkahwin dengan memberi bermacam alasan termasuk tidak mampu menyediakan perbelanjaan perkahwinan jika wanita terus bersikap `demanding'.


Oleh itu, kerajaan Pahang perlu memberi perhatian serius ketidakseimbangan jantina dengan mengupas permasalahan yang akan berlaku dan mengenal pasti penyelesaiannya atau ia akan terus menjadi duri dalam daging kepada masyarakat untuk tempoh jangka panjang. Mereka boleh memperbanyakkan penerangan berkaitan perkara itu dengan memasuki setiap kampung dan FELDA supaya masyarakat dapat maklumat tepat seterusnya memikirkan apakah yang boleh dilakukan termasuk mengelak gejala sosial akibat ketidakseimbangan pecahan jantina di kawasan masing-masing. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) perlu membekalkan maklumat lengkap dan tepat mengenai perkara itu kepada kerajaan negeri supaya mudah untuk mereka menyebarkan kepada peringkat akar umbi. Pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), imam, ketua parti politik juga boleh membantu memberi penjelasan berhubung perkara itu dan mereka boleh mengambil inisiatif mengedarkan risalah kepada orang ramai dalam setiap majlis.


Setiap sesi penerangan itu pula perlu dijelaskan punca ketidakseimbangan jantina antaranya ialah penghijrahan keluar wanita muda di Pahang bagi mencari pekerjaan, bilangan bayi lelaki melebihi jumlah bayi perempuan dan kemasukan pekerja asing. Diharap menerusi tindakan itu, masyarakat tempatan mendapat gambaran lebih tepat dan boleh merancang langkah seterusnya untuk cadangan kepada lelaki dengan menggalakkan mereka tidak memilih bidang pekerjaan dan meningkatkan amalan menabung bagi persiapan untuk berkahwin. Lelaki tempatan masih ada kecenderungan memilih pekerjaan seperti sektor perladangan dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing dan menyebabkan mereka terpaksa bersaing untuk mencari pasangan hidup. Begitu juga kepada wanita, mereka boleh mencadangkan supaya tidak terlalu memilih pasangan hidup serta tidak meletakkan wang hantaran tinggi. Kerajaan juga perlu memikirkan usaha mengurangkan penghijrahan wanita dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Justeru, ia memerlukan lebih banyak kemasukan pelaburan yang akhirnya menguntungkan banyak pihak dan akan memakmurkan lagi negeri ini.


Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Pahang
raaffar@bharian.com.my


SUMBER
BERITA HARIAN
27 JUN 2011

Monday, June 27, 2011

MENULIS TUGASAN, MERANCANG MASA

Anda sibuk? Betu ke? Ada kalanya kita berasa begitu sibuk sekali. Apabila ditanya sibuk dengan apa? Kita mula meraba-raba. Kadang-kadang kita keliru adakah kita benar-benar sibuk ataupun sengaja buat-buat sibuk? Ataupun kita merasakan kerja kita terlalu banyak sehingga tidak mampu diselesaikan?

Nanti dahulu! Jangan memeningkan kepala sebelum anda mempunyai sebab untuk pening kepala. Apabila anda benar-benar ingin buktikan anda seorang yang sibuk, lakukan DTA dan lihatlah sama ada anda benar-benar "tidak mempunyai" masa atau "tidak tahu menggunakan" masa.

Petua 1 : Rancang masa anda dengan DTA
D = Duduk
T = Tulis
A = Atur

Petua 2 : Buat DTA sebelum bertindak
1. Tuliskan senarai temu janji yang perlu dihadiri.
2. Senaraikan prospek yang perlu dihubungi.
3. Senaraikan bil yang mesti dibereskan.
4. Dan lain-lain lagi...

Petua 3 : Catatkan tugasan anda semasa DTA
Luangkan masa 5-10 minit dan duduk dalam keadaan tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan fokuskan kepada perkara-perkara yang akan ditempuhi sepanjang hari itu.

Catatkan semua yang terlintas dalam fikiran anda. Fokus kepada perkara-perkara yang anda ingin selesaikan.

Sumber : SOLUSI Isu 33 m/s 73 & 74 nukilan
En. Ahmad Fadzli Yusof.
www.fadzliyusof.com

Monday, June 20, 2011

5 STRESS MANAGEMENT TIPS

1. Greet people warmly, esp. in the morning.
-This will fill you with +ve energy and you will start the day with high.

2. Remain conscious of your behaviour.
- Mindful your action.

3. Deep breathing is a good stress management technique.
-Isolate yourself and take 10 deep breaths.

4. Always remind yourself on the positive part of everything.
-Visualise the positive things that happened throughout the day.

5. Accept the responsibility of your mistakes.

-Forgive yourself and make a note not to repeat the same again.

Source : NST Monday, 20 June, 2011

Saturday, June 18, 2011

Guru Matematik ni tak bagus

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Dari semalam nak taip entry ni..tp x tahu nak luahkan macam mana...
Tapi statement ni berlegar2 dalam kepala...nak kata pk sgt x juga...tp...ntah la..x tau nak kata..

Semlm hari terbuka sekolah untuk ibu bapa tandatangan buku rekod anak2. Puas juga lah aku tggu kat 5K (selaku guru pembantu), kalau2 ada ibu bapa yg nak tanya perihal pencapaian anak mereka dalam Matematik. Sepjg aku ada dalam kelas x de pulak yg dtg jumpa atau ckp apa2. Elok je aku keluar dari kelas, ada lah sorg emak ni kabo kat guru kelas tu..cikgu matematik ni x bagus.....adus??????? Puas aku pk nape dia kabo gitu...sebab anak dia gagal ke??? Tapi pernah x ko ter pk wahai ibu....camne prestasi anak ko..dia buat x homework yg cikgu bagi? Dia buat x pembetulan tiap kali ada salah? Dia hafal sifir x? Buat latihan Maths hari2 tak?

Aku pernah buat gini kat anak murid aku....2-3 org tanya soalan yg sama kat kelas..aku terangkan kat yang bertanya...pastu dtg lg 2-3 org...tanya soalan yg sama...aku minta dia org tanya kat 2-3 org murid yg awal td...tujuan aku : kalau murid yg aku terangkan td leh terangkan balik kat kwn dia...maksudnya murid tu faham..kalau dia tokleh terangkan semula kat kwn dia maksudnya dia masih x faham....kononnya aku nak apply 'Pembimbing Rakan Sebaya' dlm P&P. SALAH YE CARA AKU?????? Tolong le bagi pendapat wahai pembaca budiman......

puas sudah aku cr dlm internet...cara2 nak jd guru Maths yang bagus...x jumpa directly....aku x layak jd cikgu ke?

Saturday, June 11, 2011

RACUN HALUS

Semalam, menonton Al-Kuliyyah di TV3. Panel undangan Ustaz Syarhan. Kalau Ustaz Syarhan yang jadi panelnya..tajuk mesti berkaitan dengan perubatan Islam dan ada demo sekali....Nabilah suka tgk benda2 gini...mula lah bila kita marah2 dia..."ha... jaga2....ada jin tu dalam badan" katanya...sabo aje le...

Antara ilmu yang dapat dikongsi melalui program ni ialah :

Cara nak elakkan daripada terkena santau

1. Baca Al-Fatihah
2. Baca Ayat Kursi
3. Al-Furqan ayat 23


4. Doa berlindung daripada kejahatan makhluk





Tanda-tanda seseorang terkena santau.
Di antaranya lah...bukannya bila ada salah satu kita mmg disantau..menurut kata Ustaz Syarhan, biasanya ini lah tanda2nya

1. Batuk berlarutan
2. Batuk berdarah
3. Sakit/lenguh belakang
4. Lenguh sendi
5. Period tidak menentu (bagi perempuan)
6. Keguguran
7. Nafas berbau
8. Bawah mata lebam sbb kurang tidur kerana ada gangguan
9. Kuku berwarna kebiru-biruan
10. Gatal2/miang2 (ruam)

Tanda dalam mimpi

11. Mimpi ular
12. Jatuh dari tempat tinggi
13. Dikejar ular atau harimau
14. Mimpi kena tikam dengan benda tajam
15. Mimpi bayi - mendukungnya atau menyusukannya (sama tanda2 ada saka)
16. Ada tanda lebam2 di badan (digigit pelesit). Ustaz Syarhan siap melawak lagi....kalau kaum wanita ada lebam2 kat leher...tu kene tanya suami..he he...

Inilah sedikit ilmu yang dapat dikongsikan bersama..mudah2an memberi manfaat kepada kita semua..

Thursday, June 9, 2011

JIWA KACAU

"Baju dia ada jenama Adidas. Baju aku jenama Adibas aje."
"Dia ada motor. Senang pecut ke kelas apabila terlambat. Aku pula terpaksa jalan kaki awal-awal pagi."
"Wah, dia pakai pencuci muka Gamat Healin! Mahal tu. Aku pakai Safi je."

Anda suka membanding2 apa yang anda ada dengan orang lain? Jika ya, berhentilah! Ia hanya melelahkan jiwamu.

Berkasut, berselipar dan berkaki ayam.

Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkaki ayam.Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki.

Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada.

Menyingkap hikmah

Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka merintih dan menyesali, membanding sehingga akhirnya merendah diri, bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki.

Sumber : Majalah Solusi Isu 32 m/s 69 nukilan Fatimah Syarha Mohd Nordin.

Tuesday, June 7, 2011

Baca Novel Kasih Yang Suci secara online

Akhirnya dapat juga baca novel citer Nora Elena...

Kasih yang suci-Google Books

HIDUP DENGAN DUIT YANG SEDIKIT

Sumber : Majalah Ringgit terbitan Bank Negara keluaran Mac 2011.

Cermat
- mengurus kewangan untuk menyimpan.
'Orang yang cermat sentiasa mencari jalan menjimatkan masa, duit dan tenaga.'
Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah sikap cermat bukan bermakna menjadi kedekut.

Bagaimana untuk bercermat atau berjimat?

1. Kurangkan perbelanjaan harian.
- sebelum beli sesuatu tanya diri :
a) Adakah saya betul2 perlukan ini?
b) Bolehkah saya membelinya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
c) Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

2. Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda.

3. Kurangkan penggunaan elektrik.
- tutup semua lampu apabila tidak digunakan.
- kurangkan pengunaan penghawa dingin.
- basuh pakaian dengan muatan penuh

4. Kurangkan sampah
- gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat.
- gunakan kain lampin berbanding lampin pakai buang.
- Jika boleh, jadikan sampah sebagai baja.
- Usahakan kebun sayur.
- Tukarkan sampah anda kepada duit.

5. Jadikan barang bertahan lebih lama.
- perbaiki pakaian.
- kasut digam semula.
- baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

6. Cari kegunaan baru untuk barangan lama.
- cat perabot lama.
- jadikan meja besar lama kepada meja tulis.
Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula, kitar semula.
Related Posts with Thumbnails