I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 7, 2011

HIDUP DENGAN DUIT YANG SEDIKIT

Sumber : Majalah Ringgit terbitan Bank Negara keluaran Mac 2011.

Cermat
- mengurus kewangan untuk menyimpan.
'Orang yang cermat sentiasa mencari jalan menjimatkan masa, duit dan tenaga.'
Apa yang hendak ditegaskan di sini adalah sikap cermat bukan bermakna menjadi kedekut.

Bagaimana untuk bercermat atau berjimat?

1. Kurangkan perbelanjaan harian.
- sebelum beli sesuatu tanya diri :
a) Adakah saya betul2 perlukan ini?
b) Bolehkah saya membelinya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
c) Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?

2. Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda.

3. Kurangkan penggunaan elektrik.
- tutup semua lampu apabila tidak digunakan.
- kurangkan pengunaan penghawa dingin.
- basuh pakaian dengan muatan penuh

4. Kurangkan sampah
- gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat.
- gunakan kain lampin berbanding lampin pakai buang.
- Jika boleh, jadikan sampah sebagai baja.
- Usahakan kebun sayur.
- Tukarkan sampah anda kepada duit.

5. Jadikan barang bertahan lebih lama.
- perbaiki pakaian.
- kasut digam semula.
- baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.

6. Cari kegunaan baru untuk barangan lama.
- cat perabot lama.
- jadikan meja besar lama kepada meja tulis.
Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula, kitar semula.

No comments:

Related Posts with Thumbnails