I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 9, 2011

JIWA KACAU

"Baju dia ada jenama Adidas. Baju aku jenama Adibas aje."
"Dia ada motor. Senang pecut ke kelas apabila terlambat. Aku pula terpaksa jalan kaki awal-awal pagi."
"Wah, dia pakai pencuci muka Gamat Healin! Mahal tu. Aku pakai Safi je."

Anda suka membanding2 apa yang anda ada dengan orang lain? Jika ya, berhentilah! Ia hanya melelahkan jiwamu.

Berkasut, berselipar dan berkaki ayam.

Dalam urusan dunia, jika kita berkasut, pandanglah orang yang berselipar. Jika kita berselipar, pandanglah orang yang berkaki ayam.Ia akan menjadikan kita sentiasa bersyukur atas apa yang kita miliki.

Jika diberi harta yang lebih, kita rajin memberi. Jika diuji dengan kesempitan, kita tidak suka meminta-minta. Begitulah lazatnya jiwa yang qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita ada.

Menyingkap hikmah

Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri. Kesannya, mereka merintih dan menyesali, membanding sehingga akhirnya merendah diri, bahkan sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki.

Sumber : Majalah Solusi Isu 32 m/s 69 nukilan Fatimah Syarha Mohd Nordin.

6 comments:

Encik Suami said...

x perlu lan ikut org. dah org tue mampukan..biarlah dia.
jgn kita dok ikut2 kemewahan org padahal kita sendiri tak mampu.
kene bijak uruskan kewangan sendiri.

contoh mcm minyak wangikan..org lain pakai yg berjenama, harga beratus2. kit apakai lah jenama yg biase dan murah.bau pun sedap jugak.buat apa nak membazir.

jemput terjah new entry (>.<) Misi Mencari Limau Purut Jantan (>.<)

faeez said...

saya setuju dgn encik suami..betul lah..kalau ikut rentak org sedangkan kita tak mampu......alamatnya...pengsan kita..
rumah murah...namanya rumah juga, kereta kecil...org pggil kereta juga..ye tak????bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dengan apa yang tiada.....

Encik Suami said...

Yes..setuju dgn jawapan anda.
Berpada2 lah dlm berbelanja. Lagi2 mcm saya nie dah ada 2 cahayamata.. so,pada saya..keperluan anak2 lebih penting dari keperluan sendiri.

Zefa NorAsmara said...

Betul tu faez.. :-)

faeez said...

ermmm..ukur baju di badan sendiri.....

NzA said...

sntiasa brsyukur dgn apa yg ada...xprnah bandingkan dgn org2 yg nun di atas ttp sntiasa menoleh org2 di bawah...brtapa kita lbh bruntung dr mrk....

Related Posts with Thumbnails