I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, August 31, 2010

KEBESARAN LAILATUL QADAR

Gua Hira' - sejadah ini tempat Rasul Allah solat

Pemandangan dari atas Gua Hira'


ARKIB : 20/08/2010 Utusan Online

Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan para aulia dan orang yang soleh kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk beroleh keberkatan dan rahmat yang tersembunyi di dalamnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada 1,000 bulan .

Ulama berselisih dalam menentukan malam berlaku Lailatul Qadar. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.” (riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

POPIA BASAH



KULIT POPIAH :
* 1cawan tepung gandum
* sedikit air garam
* putih telur (optional)

INTI :
* udang kering (dikisar)
* bawang kecil (dikisar)
* sengkuang (hiris memanjang)

* carrot ( hiris memanjang)
* taugeh, kacang panjang ( potong kecil2)
* kacang tanah goreng ( tumbuk halus),
* bawang goreng
* tauhu goreng ( potong dadu)
* telur dadar ( potong dadu)

SOS :
* 1 sudu besar cili boh
* 1 -2 biji buah prune/kurma
* sos tomato
* sos cili
* garam dan gula



CARA BUAT :

KULIT POPIAH
1. Bancuh tepung, air garam dan putih telur hingga sebati. (Macam nak buat jemput-jemput)
2. Panaskan non stick pan, perlahankan api.
3. Sapukan doh atas pan senipis yang boleh dengan cepat.
4. Angkat dan buatkan untuk kepingan seterusnya.

SOS
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang, cili boh, prune, sos tomato, sos cili, garam dan gula
3. Didihkan dan angkat.


INTI
1. Tumis bawang dan udang kering.
2. Masukkan sengkuang, carrot dan taugeh.


MENGGULUNG POPIAH
1. Letakkan kulit yg telah siap.
2. Sapukan sos, taburkan kacang, tauhu, bawang goreng ( jika suka), telur dan inti.

5. Gulungkan seperti kuih gulung ...siap untuk di makan

SUMBER : http://www.myresipi.com/top/detail/2956

Novel KAU LAKSANA BULAN

Handsome kan????? Moga jadi suami yang soleh...



Ermmmm….baru berpeluang update blog….

Semalam…dapat habiskan baca novel pertamaku…Kau Laksana Bulan tulisan Aina Emir..

Sebenarnya beli novel ni pun sbb nak tahu sgt ending cerita Kau Laksana Bulan di TV2 setiap Isnin jam 9.00-10.00 malam…dan kebetulan juga semalam tamatnya teledrama tersebut di TV…

Suka betul tgk lakonan Zul Huzaimy dengan Ayu Raudah...gandingan yang sesuai …..eeee..seronoknya….

Sekrg ni masa terhad skit nak update blog…maklum aje le…selalu update kat sekolah..wifi…laju lah jika nak dibandingkan dengan dial up kat rumah ni…lagipun laptop dah pulang…HAK KERAJAAN MALAYSIA…isi data QNET dah selesai buat masa ni….nak isi keputusan Final Exam nanti baru ambil semula....

Sunday, August 29, 2010

INFO DARI BLOG tunzhotspot....

PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN
http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian.asp?e=UPSR&s=MAT

PANDUAN MENULIS KARANGAN UPSR
http://www.scribd.com/doc/4429999/PENGENALAN-KARANGAN

STUDY2 U @ E EXAMINATION
http://www.study2u.net/v9/

GALERI MATH SK TEPUS, PERAK
http://sktepus.zoom-a.com/yearlyplan.html

e LEARNING UPSR 5A
http://www.myupsr.com/

BANK SOALAN MATEMATIK UTUSAN
http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=MAT&i=BS


MATHS- I.Q (KOLEKSI SOALAN MATH)
http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=MAT&i=BS


YOU TORRENT (SOALAN ENGLISH AND MATH)
http://www.youtorrent.com/tag/latihan-matematik-upsr-bahasa-inggeris


BANK SOALAN PKG PETALING
http://banksoalan.pkg-petaling.net/2009/11/bahasa-melayu-tahun-5/

PORTAL SK WANGSA JAYA
http://www.skwangsajaya.edu.my/v2/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=49&Itemid=71

KOLABORASI PKG KINTA
http://pkgseriampang.org/sal/


EDUNET ONLINE
http://banksoalan.edunet.com.my/exam/kertas-peperiksaan-upsr-pmr-spm-stpm.php?id=11

SK PULO SARAWAK
http://skpulo.blogspot.com/2009/08/tip-upsr-strategi-jawab-soalan-bahasa.html

ENGLISH UPSR PAPER TIPS
http://www.xomba.com/upsr_english_paper_tips


KARANGAN DAN ESSAY UPSR CALON
http://essay.upsr.net/


ENGLISH SMART QUIZZES
http://www.leaphop.com/leaphop/main/


BANK SOALAN TUTOR UTUSAN

http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=BI&i=BS

KELEBIHAN IBADAT SOLAT



MyMetro 2010/02/05


Neurologis dari Universiti California, Dr Fidelma berkata: “Solat itu membuat otak kita sihat”. Sewaktu kajian saraf yang dilakukan beliau terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal. Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud. Dengan itu bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan.

Maka semakin lama kita sujud bererti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu. Ini sekali gus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.


Hasil penemuan itulah yang memberikan hidayah kepada Fidelma untuk mengambil keputusan memeluk Islam.


Sujud juga diakui oleh beberapa pakar kesihatan Barat lain sebagai satu gerakan yang mampu menjana kesihatan. Misalnya, Peter Russell menyatakan; “Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.” Ini bermakna ketika seseorang melakukan sujud dalam solat, memudahkan aliran darah disalurkan ke otak dengan lebih berkesan.

Manakala seorang lagi pakar Barat, Win Wenger mengatakan, gerak kerja membalikkan badan dari atas ke bawah akan meningkatkan kadar oksigen ke otak dan ini meningkatkan kemampuan otak. Itu baru dilihat pada bahagian sujud saja. Sebenarnya keseluruhan pergerakan dalam solat terkandung hikmah penambahbaikan daripada sudut sains. Sekarang kita tinjau pula perintah menunaikan solat Subuh. Inilah antara solat yang begitu sukar bagi sesetengah orang sehingga sering diabaikan. Selagi matahari tidak meninggi mata terasa berat untuk dibuka. Begitulah sayangnya kita kepada bantal dan selimut. Azan penanda masuknya waktu Subuh sudah dikumandangkan, namun telinga buat pekak saja. Beratnya kaki melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana takut sangat dengan kesejukan air.


Mengapa jadi begitu? Solat Subuh hanya dua rakaat pun menjadi berat untuk dilaksanakan. Tidak sampai lima minit sudah boleh menyelesaikan ibadat itu. Tetapi mengapa pula malas membangunkan diri melaksanakannya? Rasulullah bersabda; “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah dengan sesuatu (selain daripada solat ), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim). Apa jaminan Allah kepada kita? Tentu sekali kita akan mendapat ganjaran pahala, ketahuilah bahawa orang-orang yang menunaikan solat Subuh dijamin akan diberikan ganjaran pahala yang melebihi keindahan dunia.

Imam At-Tirmidzi melaporkan: dari Aisyah telah bersabda Raslullah: “Dua rakaat solat fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Hebat dan tingginya martabat solat Subuh ini di sisi Allah. Itu dari sudut ganjaran pahala. Bagaimana pula dengan aspek sains? Dalam suasana hening dingin, cuaca belum dikotori debu dan habuk tentu memberikan impak positif kepada kita untuk menghirup udara yang segar bersih sekali gus mencergas dan mencerdas anggota badan. Membina anggota badan yang cergas dan menjana otak positif dapat direalisasikan dengan amalan solat Subuh. Jadi, amatlah rugi sesiapa yang meremehkannya. Sebenarnya banyak lagi penemuan daripada sudut ilmu sains tentang solat yang semuanya memperakui bahawa solat itu sihat dan kesihatan boleh dijana dengan solat.

Saturday, August 28, 2010

MUHASABAH DIRI



TIDUR...



BEREHATLAH, ANDA AKAN SIHAT

Banyak ayat Al-Quran menyebut mengenai kejadian malam. Antaranya adalah firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Furqan ayat 47 yang bermaksud :

“Dan dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.”

Waktu malam ialah masa yang paling sesuai untuk berehat. Malam disebut Allah sebagai pakaian. Maksud pakaian iaitu yang melindungi dengan kegelapannya.

Anggota badan perlu kepada rehat yang secukupnya. Dalam tubuh manusia terdapat berjuta-juta sel yang perlu diberi rehat setelah bekerja sepanjang hari untuk membina kekuatannya kembali untuk menjalankan tugas dan fungsinya yang seterusnya.

Friday, August 27, 2010

MENGURUS MESYUARAT BERKESAN


MENGURUS MESYUARAT BERKESAN

1. Perlu atau tidak?

· “Adakah saya perlu mengadakan mesyuarat?”

· “Adakah cara lain untuk berkongsi maklumat selain mengadakan mesyuarat?”

· Kita perlu ingat bahawa setiap kali kita mengadakan mesyuarat, kita sebenarnya mengurangkan masa kawan-kawan kita.

· Jika ada cara lain untuk melakukannya, lebih baik gunakan cara itu.

2. Jangan terlalu kompleks dalam mengadakan sesuatu mesyuarat.

· Jemput mereka yang benar-benar penting dan benar-benar terlibat sahaja.

· Jadikan mesyuarat kita sesuatu yang ringkas, tetapi mencapai matlamat.

· Fokus kepada perkara yang hendak dibincangkan.

- Tarikh

- Masa

- Tempat

- Agenda perbincangan

3. Tentukan siapa yang bertugas.

· Pastikan ada orang membuat catatan.

4. Selaraskan perjalanan mesyuarat.

· Kita perlu mempunyai sifat kebapaan dan tenang dalam menghadapi pelbagai perselisihan pendapat dan idea.

· Lihat sesuatu itu melalui perspektif yang lebih luas.

5. Mulakan dengan bergaya.

· Kita boleh mengalu-alukan kedatangan mereka dan mengucapkan terima kasih atas kesudian.

· Ingatkan mereka tentang peraturan-peratuan mesyuarat seperti menjaga adab, disiplin, saling menghormati, tidak melengahkan masa.

· Sebut sedikit sebanyak matlamat dan visi.

6. Buat prakata untuk setiap agenda.

· Mulakan perbincangan dengan memastikan agenda yang akan dibincangkan.

7. Bincangkan agenda satu persatu.

· Pastikan kuasa setiap ahli mesyuarat difokuskan kepada satu agenda dalam satu-satu masa.

· Pastikan bahawa perbincangan sentiasa berada pada landasan yang tepat dan menuju keputusan yang diharapkan.

8. Pastikan semua faham

· Pastikan proses mencapai keputusan dalam satu-satu agenda difahami dengan jelas.

9. Mesyuarat yang baik mesti melibatkan semua orang.

· Jangan biarkan mesyuarat dikuasai oleh sesetengah ahli tertentu sahaja.

10. Buat kesimpulan yang jelas dan tepat.

· Tentukan jangka waktu dan tarikh akhir yang spesifik, dan juga siapakah individu bertanggungjawab atas setiap perkara.

· Setelah siap hantarkan salinan minit mesyuarat kepada setiap ahli.

11. Mohon petunjuk dan keberkatan Ilahi.

· Kita manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Buat keputusan yang terbaik, elakkan kesilapan, dan berdoalah supaya Allah meneguhkan kita pada pilihan yang tepat. Selepas itu bertindaklah atas keberkatan daripadanya.

Amalan bermesyuarat ini menepati kehendak Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud :

“Dan urusan mereka diselesaikan dengan bermesyuarat.” (Surah al-Syura 42:38)

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD



KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
Susunan Oleh : Hashim Ahmad
Harian Metro : 10 Oktober 2008



SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajjud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajjud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)



Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram. Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.


Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:

“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.


KURNIAAN DI DUNIA IALAH:

- Jauh daripada segala penyakit.
- Lahir kesan takwa pada wajahnya
- Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia.
- Percakapannya mengandungi hikmah.
- Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).


SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:

- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
- Dipermudahkan hisab.
- Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat.
- Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.


Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang. Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

p/s Untuk peringatan kepada saya jua..
Related Posts with Thumbnails