I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 26, 2010

ADAB-ADAB MEMBERI NASIHAT


1. Meluruskan niat sebelum menasihati.

· Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.

· Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain.

3. Bersih hati semasa menasihati.

· Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara.

· Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan

· Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails