BERLEBIHAN lemak dan kolesterol dalam badan antara masalah kesihatan ramai orang Melayu. Ini semua boleh membawa kepada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan angin ahmar.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga paras lemak dan kolesterol agar berada pada tahap sihat. Kami memberikan beberapa panduan di sini:
Daging
· Makan daging merah (misalnya lembu dan kambing) hanya tiga hingga empat kali seminggu.
· Pilih bahagian kurang lemak, buang lemak yang kelihatan.
· Kurangkan makan daging dalaman seperti ginjal, otak dan hati.
· Gantikan daging dengan kekacang atau tahu pada hari-hari tertentu.
Ikan
· Makanlah ikan, terutama ikan berminyak seperti sardin, ikan kembung dan salmon sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Telur
· Jangan makan lebih daripada dua hingga tiga kuning telur seminggu.
· Kolesterol hanya terdapat dalam kuning telur.
· Putih telur tidak mempunyai lemak atau kolesterol dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Lemak dan minyak
· Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak.
· Sapukan mentega dengan tipis.
· Kurangkan sos berkrim dan berminyak seperti krim salad dan mayones.
· Gantikan santan dengan susu rendah lemak atau tairu.
· Kurangkan lemak tepu (mentega, minyak kelapa dan sawit) dan gantikan dengan minyak tidak tepu (marjerin lembut, kanola, kacang, zaitun dan kacang soya.
· Gantikan mi goreng dengan mi sup.
· Kurangkan makanan goreng dan snek kepada dua kali seminggu.
· Makan buah segar dan bukan kek dan pastri.
Produk tenusu
· Gunakan produk dan susu tanpa lemak atau rendah lemak.
· Gantikan susu pekat/susu cair dengan susu tanpa lemak/rendah lemak.
· Untuk kurang memakan ikan atau ayam digoreng, guna petua ini.
· Gaul ikan dalam emping jagung (cornflake) atau serbuk roti dan bakar.
· Buang kulit ayam, rendam dalam susu tanpa lemak yang dicampur herba dan rempah ratus, gaul dalam serbuk roti atau emping jagung dan bakar.
Sumber:Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB)
_________________
"..Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. " HR Ahmad
No comments:
Post a Comment