Anda sibuk? Betu ke? Ada kalanya kita berasa begitu sibuk sekali. Apabila ditanya sibuk dengan apa? Kita mula meraba-raba. Kadang-kadang kita keliru adakah kita benar-benar sibuk ataupun sengaja buat-buat sibuk? Ataupun kita merasakan kerja kita terlalu banyak sehingga tidak mampu diselesaikan?
Nanti dahulu! Jangan memeningkan kepala sebelum anda mempunyai sebab untuk pening kepala. Apabila anda benar-benar ingin buktikan anda seorang yang sibuk, lakukan DTA dan lihatlah sama ada anda benar-benar "tidak mempunyai" masa atau "tidak tahu menggunakan" masa.
Petua 1 : Rancang masa anda dengan DTA
D = Duduk
T = Tulis
A = Atur
Petua 2 : Buat DTA sebelum bertindak
1. Tuliskan senarai temu janji yang perlu dihadiri.
2. Senaraikan prospek yang perlu dihubungi.
3. Senaraikan bil yang mesti dibereskan.
4. Dan lain-lain lagi...
Petua 3 : Catatkan tugasan anda semasa DTA
Luangkan masa 5-10 minit dan duduk dalam keadaan tenang. Tarik nafas dalam-dalam dan fokuskan kepada perkara-perkara yang akan ditempuhi sepanjang hari itu.
Catatkan semua yang terlintas dalam fikiran anda. Fokus kepada perkara-perkara yang anda ingin selesaikan.
Sumber : SOLUSI Isu 33 m/s 73 & 74 nukilan
En. Ahmad Fadzli Yusof.
www.fadzliyusof.com
2 comments:
Uncle 'Gila Lauk'
Kalau makan tak nampak nasik!
Lapar weh!
he he...lawak lah uncle ni...I like....
Post a Comment